Friday, May 29, 2009

silam. bila aku pusing belakang. buat aku sayu.

Masa aku hendak sembahyang Jumaat tadi, aku ada lihat pasangan adik beradik. Seorang abang dan seorang adik. Mirip upin dan ipin. Ouh, aku tiada adik lelaki yang masih kecil. Kalau aku kata mereka comel, maknanya, mereka benar benar comel. Tiada gejala memuji ahli keluarga berlaku. :P

Ye. Sangat comel.

Abang yang tinggi sikit. Dan si adik rendah banyak. Abang pakai baju melayu warna kuning. Adik warna hijau. Aku harap tak salah.

[khatib sedang baca khutbah dalam nada yang boleh buat semua orang tertidur. Aku kagum. Tapi aku tak tidur sebab aku tengah tonton drama ‘upin dan ipin’ secara live depan mata. Mana mahu lepas]

Si adik buat buat tertidur. Buat buat terlentok atas bahu abang. Wah! Aku jerit kuat dalam hati. Kiut laaaa haaaaiiii~

*toink*toink*

Si abang dush dush kepala adik dia. Eurgh… [cemburu]

Habis khutbah. Kami solat.

Aku tak khusyu’ langsung. Mereka ada depan aku lagi.
Main tolak tolak tengah sembahyang. Ketawa ketawa. Cuit cuit.

Tiba tiba aku teringat kisah masa aku masih kecil. Dalam adik beradik aku, hanya ada 2lelaki.

Aku dan adik aku.

Kami sangat takut abah. Aku lagi lah. Kalau aku ada rasa tidak puas hati sama adik aku, aku akan cubit dia kuat kuat masa tengah sembahyang dengan abah. Waktu abah imam dan kami makmum. Aku tahu dia tidak akan nangis.

Dia akan tahan.

Tahan

Sebab abah sangat marah kalau kami buat hal ketika solat. Adik aku tidak berani. Aku selalu perasan air mata dia jatuh. Tapi tiada bunyi.

Dia pelapor yang hebat. Aku selalu bayangkan dia macam razif dalam cerita anak anak sidek. Dan aku anak yang nakal macam misbun. Selalu buat hal dan selalu kena pukul.

Tapi aku gembira. Sebab ummi aku akan pujuk aku lepas tu.

Bila dah besar. Dan aku lihat mesranya budak budak tadi, aku rasa kasihan pada adik lelaki aku. Maaf. Aku tak dapat beri kau bahagia macam budak budak lain.

32 comments:

Jie said...

nostalgia entri ni selepas 'bersawang' lama.

Anak2 mcm tu la...anak2 kak jie sangat rapat kerana kak jie biarkan mereka bergaduh masa kecik2...itu adalah salah satu komunikasi.

Bayangkan..kalau dari kecil kita mengasingkan atau membebel tak bagi gaduh...bila besar mereka terasing sendiri sendiri sebab sudah terbiasa tidak berkongsi tidak ada perasaan utk seorang lagi adik berandik.


p/s kenal Ustaz Mat Lazim?

Uqbah Azam said...

hehe. bersawang ke? ni mesti kes cleaner makan gaji buta nii:P

ouh.betul tu.gaduh masa kecil itu satu nikmat kan? kita bebas nak cakap apa sahaja. sebab blood is thicker than water. hubungan tetap kuat walaupun banyak kali berkelahi...^_^

ustadz mat lazim? kenal. sebab dia terkenal.pen. pengarah kpp kot. makcik kenal dia via blog jugak ke?hehe...

btw, saya dah habes belajar kat dQ...lepas ni masuk asasi uiam. amek engin. insyaALLAH...=)

bez.amin said...

hehehe...
citer zmn kecik2 mmg terpahat indah smpai ble2...
itu lah pengubat rindu tym bjauhan dr famili.
cam aku pun, ble gathering 1 family, mcm2 citer diulang tayang.
citer2 itu akan terus diulang-ulang sehinggalah ia menjadi lagenda...

Uqbah Azam said...

yupz. kenangan yang akan tetap hidup selamanya...

kau dengan adik beradik kau mesti banyak gaduh fasal parti kan?hehe

Jie said...

ustaz mat lazim tu biras..... isteri dia kakak ipar...kita pun berjiran..hehehe

bumbung rumah dia pun boleh nampak dari sini.

Uqbah Azam said...

laa yeke... patutla makcik tau fasal dQ.... makcik duduk dekat jela dengan KKB eh? nape xpenah cakap... boleh saya jmpe orang hebat blogging niii~

bulan 8baru datang DQ balik.insyaALLAH.. sebab ada konvo...hehe

Jie said...

selalu pergi dQ...kita pernah buka gerai masa konvo thn lepas...hehehe

thn ni mesti buka lgi..kita boleh jumpa

Uqbah Azam said...

erk. buat orang terkejut lagi~^_^

makcik da biasa pergi dQ??...warkh. tak sangka. makcik dekat je rupenya...=)

ye. nanti konvo saya pergi jumpa makcik.insyaALLAH...huhu. excited lak...hehe

FahmiAA~ said...

waaa.. sedih nye cite nih...

boleh buat novel.. cumenyer karakter tidak memberangsangkan..

watak utama selalunya seorang hero yang tampan dan gagah.. tapi.. alahai.. tak mungkin kamu yang menjadi watak utama..

nik uqbah said...

haha. saya tak layak kah? atau kamu cemburu encik fahmi assuhaimi?? hee:P

Anonymous said...

ala adat la time kecik2 gado..lg pun tyme nie mne reti marah lme2..pape pun mesti ckp blk..tp sye lps gado kte makin rapat each other..

tp pape pun tyme kecik2 yg memang best..

Ir. Syafiqah said...

huhu.. xpe.. ana pun selalu wat kat adik camtu.. tarbiyah.. tp..xdela "kejam" camtu.. hehe..

Uqbah Azam said...

to anon:
ye. memang2.hehe.masa kecik kecik sudah faham fasal action speak louder than words...

jadi, terus praktik sama adik....huhu

to pika:
aiyak. kejam ke? tak de la sampai pulas nak terkoyak kulit. name pun gembeng. usik sikit memang kuar AIR MATA SYAHDU.

yarkh. dah la dia lelaki. tapi kuat nanges. sape tak marah.haha...

Unknown said...

haha.. gembeng?? owh.. bese denga perkataan tu.. rsenye org2 jawa yg slalu gne istilah tu.. hehe

nik uqbah said...

gembeng. sedap je dengar. lagipun memang jawa pun. campur kelantan. hihi...

bez.amin said...

haha...
yg slalu talk psl parti juz aku, ibu ngan ayah ku jek.
adek bradek lain ku x ikut sgt..
lagi pun, kami sekeluarga satu kepale..hehehe...

aQilaAini said...

=)

aku suka entri ni. :)

Uqbah Azam said...

to hunkah aka bazli:
ahh~
untung kau...haha

to aQilaAini:
kenal tak ayat atas ni. macam komen kau kat blog hariz kan. aku suka.heheh^_^

cuma aku macam pelik.

kenapa semua macam sokong aku cubit adik aku tengah sembahyang? hee. ak punya rasa bersalah macam nak ilang lak bila ramai orang support.:P

Nadia Roslan said...

entry ni besh tapi rase macam sebak je bile bace bile part last sekali 2.

Uqbah Azam said...

err...jangan risau. saya dah minta maaf dulu dulu lagi. masa hari raya... segan aihh nak minta maaf tiba tiba...hehe:)

mujahidah annafs said...

heheh, bagus.
sesi maaf maafan da dibuat.
nasible si adek tu dapat abang yg suke mencubit.
mujur si adek bukan kaki repot. :p

nik uqbah said...

ye~
^_^

INTAN said...

suke la entry nta..

banyak sound effect~

(^_^)

Unknown said...

bergaduh itu best.jom.lalala.air dicincang takkan putus.lalala.

Unknown said...

ha.. ade lagi satu bahasa..
ciwek.. seangkatan dengan gembeng.. haha

Uqbah Azam said...

to syaukatulwardah:
*tettt*
sepuluh markah untuk anda!
boleh jadi markah bonus untuk xm kali ni...:)
~tahniah.hehe

to abg.asyraf:
ecece.bunyi macam biase gaduh dengan amar ja...^_^ aiyak. kantoi.hee:P

to pika:
hey,
rajin nampak cari perkataan baru.hehe. bahasa apakah itu? indon kah?

ada lagi satu. jap lupe lak... emm, cengeng? pernah dengar tak?

---> ala tapi kalau banyak nages ke sikit nanges ke... siapa tahu hati mana lebih hancur. kan? heheh=)

[penuh dengan senyuman sungguh]

madj said...

hebat juga uqbah ni di alam maya.nampak gaya biasa-biasa je time sekolah dulu.apa2 pun teruskanlah update blog dgn entri-entri yang bermanfaat.

Uqbah Azam said...

haha. ini pun masih seperti biasa saja madj... hey, apepun sangat berterima kasih atas sokongan itu...^_^

everjihad said...

nice story. sy tiada adik lelaki atau adik perempuan. sangat jarang gaduh dengan abang atau kakak. jarak yg terdekat 3 tahun. ingat lagi, masa kecik2, dorang susah nak main sama2. sebab dorang tak nak main sama saya. dah la bongsu. takde teman sepermainan. even sampai sekarang pun, hubungan sy takdela serapat mana dengan mana2 adik beradik saya. maksud rapat di sini, belum pernah bercerita kisah2 peribadi atau berkongsi masalah - sangat jarang.

tapi, mungkin itu ada kesan dari kehidupan waktu kanak2 riang...

Syed Mohd Syahmi said...

saje menyemak.
semua orang puji kau.
aku taknak puji lagi.haha

Anonymous said...

haha cute aa kamu nih, mcm kamu tgk dak upin ipin tuh.. Kiut laaaa haaaaiiii~

nik uqbah said...

to everjihad:dan, saya juga tidak bercerita masalah peribadi dengan adik adik...^_^