Monday, January 26, 2009

bersangka baiklah. bukan susah. sangka buruk itu selalunya dosa.

assalamualaikum

setelah genap satu bulan saya buat blog baru ini. kadang kadang rasa tiada diri saya dalam blog ini. entah sebab apa. saya cuba jadi seorang yang [agak] islamik. tapi tidak terhambur keluar. bukan tidak boleh. cuma saya tidak mahu jadi seorang yang hipokrit. itu sahaja. cakap berdegar degar bagai nak rak. kau orang pasti dapat bayangkan bukan? kemudian, amal saya jauh dari kata kata. jadi apa yang saya tulis itulah apa yang saya rasa saya mampu.saya rasa itu cerminan hati saya.

kata orang, saya sebagai seorang penghafaz alQuran [ atau nama lain; hamlatul Quran] harus jadi lain dari orang awam.

saya bukan tidak mahu. saya cuba jadi lebih baik. saya juga ingin jadi diri sendiri. tidak mahu jadi orang lain.

saya puas hidup di bawah bayang bayang orang lain. saya sangat minat mahu jadi doktor waktu besar. itu impian saya sejak saya masih kecil. bukan pengaruh iklan di siaran t.v. ia kemahuan suci yang saya pendam sendiri. bukan abah dan ummi yang pupuk.

lepas dapat 9a pmr, saya langsung tiada dilema mahu pilih sastera atau sains. langsung tiada. saya ambil sains. saya drop bio. bukan sebab tidak mampu dan rasa biology subjek yang susah. saya hanya ikut orang itu. dia drop, saya drop. dia mengatakan pada saya dia ingin ambil ekonomi. saya kata pada ibu bapa saya, saya juga mahu ambil ekonomi. ia semudah itu. kau tidak perlu tanya mengapa. hidup di bawah bayang bayang memang begitu.

habis spm, saya dapat tawaran darul Quran dengan result percubaan. saya pergi dengan niat ingin menunggu sementara result spm keluar. saya tidak pernah berjanji kepada siapa siapa ingin menyambung dQ hingga habis.

di dQ, saya hilang arah. orang yang saya sentiasa ikut tiada. dia juga tidak mengambil jalan ini. bagi saya, ini jalan susah. kau kena hafal Quran dalam masa setahun setengah. kemudian, kau kena berhadapan dengan orang luar yang sentiasa mempersendakan hafalan kau. saya sangat lemah. banyak yang dihafal tidak lekat di ingatan.

sejak sekolah bukan orang rajin. dan hafal Quran memerlukan kesungguhan. tidak sama seperti kau hafal sejarah dengan baca sekali lalu sahaja di malam peperiksaan. boleh ingat satu buku tingkatan 4 dan 5. langsung tidak sama. hati juga mesti sentiasa bersih.

boleh kata hampir setiap malam menangis di masjid seorang diri kerana merasa susah. pergi ke tempat gelap dan teresak esak. pergi ke jeti bercakap seorang diri. marahkan diri kerana tidak mengingati hafalan. walaupun sekarang tangisan makin kurang, namun perasaan rendah diri tetap ada. saya tidak tahu akan kekal sampai bila.

bulan 3. keputusan spm diumumkan. saya dapat 10a1. alhamdulillah. saya rasa Tuhan telah memberi jalan keluar buat kesedihan saya selama ini. saya minta banyak biasiswa. hanya satu alasan yang boleh buat saya tenang untuk keluar dQ. iaitu belajar di luar negara.

saya minta petronas. tapi saya salah isi borang. saya minta jpa tapi saya tulis saya pengawas sedangkan saya hanya naqib. [itu kesalahan besar. penemuduga ingat saya menipu. padahal cikgu saya kata naqib dan pengawas sama] sebelum keputusan jpa keluar lagi saya sudah rasa tidak dapat biasiswa. tapi saya tetap berdoa. kebergantungan saya kepada Tuhan. itu segalanya yang saya ada.

seperti dijangka. saya tidak dapat jpa pada tahun lepas. saya tidak boleh keluar dQ. saya mesti habiskan Quran. saya tidak mahu malukan keluarga.

setiap kali lepas solat. satu perkara yang sentiasa saya pinta pada Tuhan, moga dikuatkan hati. saya tahu dan yakin setiap hati manusia dipegang olehNYA. seumur hidup saya pinta ketenangan ini. moga terus kekal.

dan, apabila kau orang [segelintir] mula memandang saya sebagai orang yang tidak baik, saya hanya ingin bertanya... apakah yang saya lakukan adalah dosa sehingga kau orang mula memandang serong kepada diri ini?

juga ingin beritahu,
siapa siapa yang terasa hati kerana post yang saya hasilkan, saya mohon maaf. tiada niat ingin mengguris hati orang lain. kau orang pasti pernah bukan? bezanya, saya tanpa sengaja mengguris hati kalian dengan tulisan. dan kalian mengguris hati saya dengan kata kata. bukan ingin membalas dendam. hanya ingin menyedarkan...

hidup ini amat singkat. kau perlu tahu itu. usia bukan petanda.

tuhan tahu semuanya~

15 comments:

Ibnurashidi said...

salam nik..

Saya sudah membaca coretan kamu di atas. Jauh di relung hati kamu sebenarnya kamu punya keinginin untuk menjadi lebih baik. Tetapi perasaan itu seringkali bergelora kerana datangnya dugaan. Bersabarlah. Dugaan dan ujian itu kamu jadikan sebagai perkara yang menguatkan semangatmu. Saya melihat potensi kamu amat besar. Kamu punya kebijaksanaan sehinggakan mampu beroleh kecemerlangan..

Harapan saya kamu banyakkan bersabar..doa selalu..pohon di jauhkan malapetaka. Saya juga punya rakan yang menghafaz quran 30 juz. Tiap hari dia mengulang, alhamdulillah istiqamah.

Terima kasih kerana memberikan komennya:)

takcoollah.zuhair said...

fiuh. selamat berusaha. tu saja yg mmpu aku tolong

Uqbah Azam said...

buat ibnurashidi:
saya amat menghargai kata kata kamu.

ya, saya sering dengar setiap dugaan harus dijadikan batu loncatan peroleh kecemerlangan... tapi, tidak tahu bila kata kata itu akan kekal di sanubari. membakar semangat dalam diri dalam mengharunginya.

ouh, saya tidaklah bijak mana. ramai orang di luar sana lebih berjaya. seperti kamu juga. alhamdulillah...

juga,tentang mengulang.. saya sokong pendapat kamu. memang kena lakukan setiap hari. barulah ianya lekat di ingatan.

eh, saya yang harus lebih berterima kasih atas dorongan dan doa kamu...^_^

syukran.

Uqbah Azam said...

buat zuhair:
aku nak doa kau juga. ehh...

trimas atas sokongan kau.
esok aku nak balik dQ. so,hari ni mesti minta doa kau lebih lebih. dan juga doa semua orang.

~antara doa yang makbul ialah doa sahabat kepada sahabatnya yang lain. sebab malaikat akan tolong aminkan. itu yang aku pernah baca.

ok

huda said...

saya mmg trase hati dgn post ni.
sbb saya pon mngalami bende yg sama.
uhuk3

NAZRIN HASHIM said...

syeikh,enta perli ana ke...? hehe..

Anonymous said...

moga dipermudahkan segalanya!~
rezeki Allah tu luas..
may you have a better gifts than what you'd ever wish..Allah knows best=)

rabbuna yusahhil

Anonymous said...

Salam,
dapat URL dri komen kamu di blog sy.

Mungkin xdpt JPA sbb niatnye pon sudah tidak betol.Tapi Dia kan maha mengetahui.Kalau kamu ditakdirkan utk trus berada di DQ,anggap saja Allah tahu kamu mampu melakukannya.

Sy keluar dari Maahad Muhammadi dan masuk sistem MRSM.Orang mengata kononnya nak lari dari Penilaian Sijil Menengah Ugama. Mesti la terasa.Tapi saya tau itu bukan niat utama saya.Saya hanya mahu pengalaman hidup di asrama.Dan ternyata dengan pemilihan saya itu, akibatnya apa yang berlaku pada sy skarang mungkin adalah yg terbaik utk sy.

Mungkin KALAU sy terus berada di Maahad, akibatnya akan lebih baik tapi itu tidak ditakdirkan utk sy, sbb Allah tahu itu bukan yg terbaik utk saya. (dan yang 'kalau-kalau' itu kan dari syaitan)

Hmm..sorry la.membebel pulak.

Salam~

Anonymous said...

Darul Quran KKB ye?

Anonymous said...

Buat alhuda:
Kadang kadang ada manusia melalui jalur hidup yang sama... Tapi tidak semua mampu mengharunginya... Mg terus kuat:)

Anonymous said...

Buat syah nazrin bin hashim:
Bayang bayang anta sentiasa boleh jadi tempat berteduh...

Heheh. Mana ada perli perli lah. Sejak darjah enam sampai tingkatan lima... Boleh jadi sampai sekarang. Masih cuba menjadi seperti anta..

Sepanjang masa itulah banyak belajar erti hidup... Sentiasa mahu jadi lebih baik dari anda dalam semua perkara yang mahmudah...huhu.

Err, bolehkan begitu...? Hehe^_^

Syukran ala kulli hal...

Anonymous said...

Buat tanpanama:
Terima kasih. Kata kata kamu itu merupakan doa yang amat saya harapkan. Moga diperkenan oleh Tuhan. Ameen...

Buat emkay:
Ya. Tuhan tahu apa yang terbaik. Mendapat apa yang diimpikan ujian. Tidak dapat juga suatu ujian. Untuk menguji keimanan kìta. Dan, saya sangat bersyukur diberi peluang menghafal alQuran... Mula mula dulu susah. Tapi sekarang, alhamdulillah sudah semakin mudah.

Hmm.. Menjaga hati ramai manusia takkan ada penyudahnya. Asalkan kita jelas apa tujuan dan matlamat... Juga tidak salah dari sudut syara', segalanya akan dapat diatasi bukan?

Tentang 'kalau' itu, saya sokong. Perkataan itu seolah tidak redha dgn qada' dan qadar Tuhan...

Apepon, syukran..huhu

Anonymous said...

Buat kujie:
Yupz. Darul Quran kkb... Hmm.. Jemputlah dtg..huhu;)

NAZRIN HASHIM said...

syeikh,enta tak payah susah-susah..
enta memang dah lama jadi lebih baik dari ana..
siapalah ana ini..
ana hanya insan lemah..
ana ni,kalau ditakdirkan Allah singkap aib ana,tiada apa yang boleh dibanggakan..
sepatutnya,ana yang perlu berusaha untuk menjadi lebih baik dari enta, correct??

Uqbah Azam said...

erk. semua orang ada aib masing masing yang dijaga oleh Tuhan.

hmm. kamu tetap orang yang yang baik syah..