Tuesday, February 3, 2009

mata bengkak. hidung berair. kau ketagih?

Aku menulis bukan kerana aku rasa macam dah lama tak menulis. Kalau sebulan aku tidak menulis apa apa entri untuk blog ini pun, aku rasa macam tidak apa apa. Kalau aku tulis 3 entri untuk satu hari pun, bukan maknanya aku sangat semangat nak kasi blog aku penuh dengan entri entri baru. Langsung tiada perasaan macam itu. Aku tulis sebab aku rasa nak tulis.

Menulis satu hal. Untuk post di blog ini satu hal yang lain. Mula mula aku kena pergi ke perpustakaan dan type guna words. Kemudian simpan dalam pendrive. Kalau komputer dekat kaunter perpustakaan dah tiada orang baru boleh aku post entri ni. Dia macam itu. Aku tak rasa susah sebab aku memang minat.

Cuma akhir akhir ni. Waktu aku baca satu blog. Dia tulis sekarang dah ramai sangat orang ada blog. Kalau dulu tak ramai. Dan banyak blog menulis tentang benda yang sama. Ada yang copy dan paste terus. Ada yang copy dan edit sikit sikit. Dan ada yang buat sendiri tapi gaya penulisan ada persamaan dengan beberapa blog. Aku tak mahu cakap apa apa. Cuma aku rasa ada kesedaran baru lepas baca benda ni.

Kadang kadang aku rasa kalau aku buat benda 'alah' ini dengan perasaan ingin tarik perhatian orang lain. Aku rasa baik aku berhenti terus. Bayangkan kalau satu post aku guna setengah jam untuk menaip. Kemudian aku pergi blog lain untuk kasi komen. Kemudia aku cari blog blog baru yang sedap sampai aku punya rasa lapar sebab tak sarapan boleh hilang. Aku rasa sekali hadap boleh dekat dua jam. Ini baru fasal blog. Belum sebut friendster dan myspace yang aku rasa ramai orang sangat suka buang masa dengannya.

Jujur aku cakap. Sebelum sebelum ini aku ada buat banyak blog. Kesemuanya aku dah delete. Kecuali blog ini dan yang aku tak boleh sign in tu. Puncanya, sebab aku rasa aku jadi gila ketagih pada blog. Aku rasa macam orang bodoh. Asal aku balik rumah, mesti aku mengadap blog sampai aku terlupa adik adik aku dan mak aku mesti nak aku luangkan masa dengan mereka. Sebab aku anak dan abang dalam keluarga aku.

Sama sahaja macam orang gila sms. Walaupun aku tak minat sangat sms dan ym sebab aku tak nampak hasilnya [ kalau kau type kat blog, kau boleh lihat hasilnya kan?] aku tengok kawan kawan aku yang gila sms memang semua kawan sekeliling dia makin jauhkan diri. Aku rasa memang padanlah. Orang cakap dengan dia dan dia cakap dengan orang lain dengan sms.

Hobi dan ketagih memang lain. Aku rasa macam tu. Darjat ketagih lagi tinggi. Kalau hobi kau boleh buat waktu lapang. Waktu kau memang tiada apa apa nak buat. Sedangkan ketagih kau akan buat bila bila masa. Maksud aku ketagih blog. Lagi lagi phone aku boleh online 24jam percuma. Waktu kuliah pun masih boleh curi curi baca blog dengan suka hati.

Cuma aku tak buat sebab aku tidak mahu jadi orang yang ketagih. Bagi aku blog ini sekadar hobi. Langsung tidak boleh lebih walau seinci. Kalau kau tengah ada kerja mesti jangan buka blog. Walaupun kerja remeh temeh sahaja.

6 comments:

Nazrin Hashim said...

kadang-kadang,saya perlu berasa malu apabila melihat kematangan anda yang agak special.. hehe..

kam ana mushtaq ilayka,ya zamili al-hamim.. ;)

nik uqbah said...

malu lah kamu cakap macam tu. haha.

err. ana aidhon! hmp. huhu
'=_=

everjihad said...

benar. dlu saya pernah ketagih blog. anything happen, mesti nak blog. smpaikan satu hari boleh mengadap pc je. juz to blog. nothing else.but later on, i start to realize. this thing had steal something from my life. even ur relation towards others not as close as u attached to ur laptop/pc. indeed.

well, i'm goin to say sayonara to this jahiliyyah. limit blogging. as nowadays, most people blogging. i dont want to do the same thing as others. but i'l post something that related to my life, that currently what happen in my life and express it.

sometimes it is needed to think whether those deed is necessary? is blog is really necessary? or else there are other thing that much more important?

Wallahu'alam.
good post. good thought. age, thinking, and experience, gradually increase the maturity indirectly. somehow, the way will think will start to change and differ from others.

p/s: camne nk jadi ahli hpa?

Bumi Islah~ said...

minta izin untuk mengcopy, paste, dan edit ke blog..

nik uqbah said...

buat everjihad:
saya jawab mengikut apa yang saya rasa paling membuat saya tertarik. ok?

*ehem* sebagai orang yang baru nak berkecimpung dalam dunia perniagaan, saya reply tentang hpa dulu.

honestly speaking, saya masih belum mendaftarkan diri sebagai ahli hpa. huhu. tidak tahu akan daftar bila. kalau awak nak jadi ahli, saya boleh tolong usahakan. dia macam MLM [multi-level-marketing]. bahkan memang MLM. cuma hpa ni MLM syariah. kire memang sah dari sudut syara' lah. dan, kalau awak nak masuk... awak akan masuk bawah ahli hpa juga. orang tu akan jadi upline awak.

lebih senang, awak cari siapa siapa kat taylor's tu yang dah jadi ahli. pastu daftar je bawah orang tu.tapi, tatau pula kat mana stokis yang dekat dengan tempat awak...

hmm... tentang ketagih blog pula, saya rasa memang ramai orang yang jadi macam tak betul waktu mula mula buat blog. boleh cakap majoriti. cuma tak ramai yang nak mengaku.

www.blogger.com memang dah jadi macam satu fenomena. boleh jadi ghazwatul fikr[serangan pemikiran] gak kot kalau tak reti nak kawal... huh.

asal tahu apa prioriti dalam hidup insyaALLAH blog tak akan jadi masalah. sebab kalau kita buang masa depan pc pun, kita tahu apa yang kita buat, apa yang kita dapat dan apa sumbangan kita untuk agama...

ala kulli haal, wALLAHua'lam.

btw, trimas atas komen eh.

nik uqbah said...

buat bumi islah:
hai fahmi... haha.

erk. tak sangka betul betul copy, paste dan edit kat blog anta! betul betul. sungguh sungguh. walawei.

tambah tentang simptom tuu, memang superb lah.heheh...

eh, kalau jumpa fahri ayat ayat cinta, kem salam tau. cakap kat dia, ada budak kat Malaysia nak belajar falsafah cinta ngan dia! haha... memain j.

^_^