Friday, February 13, 2009

:::Hikayat pedagang baju wannabe:::

Pada suatu hari yang ceria. Sangat riang gembira. Burung terbang suka hati ke mana mana. Lalat melilau lilau mencari sampah. Nyamuk buat bunyi bising dengan gembira macam tiada orang di dunia ini ada ridsect. Dan semut ke hulu ke hilir bawa lari sisa sisa roti yang saya makan semalam dan lupa hendak bersihkan. Keseimbangan ekosistem yang hebat bukan?

Oh ya, balik kepada cerita asal. Ini bukan kisah haiwan peliharaan saya. Ini kisah saya. Anda semua mesti dengar baik-baik. Apapun, terpulanglah.

Kata orang, pengalaman merupakan guru terbaik. Jadi pengalaman saya guru saya. Dan pengalaman anda guru anda. tapi sebab apa saya suka baca kisah hidup orang lain? Hmm… setakat ini, saya hanya ada satu jawapan. Kalau saya tidak begitu faham apa yang ‘cikgu pengalaman’ saya ajar, tak salah bukan jika saya tumpang belajar dengan guru orang lain. Sama macam kelas tuisyen sahaja. Cuma kadang kadang tidak begitu berkesan. Biasalah.

Baik.

Ini kisah saya. Sejarah perniagaan saya. Hikayat pedagang baju wannabe.

Pengalaman 1
Waktu itu saya masih sekolah rendah. Hingus yang meleleh masih tidak rasa geli geleman untuk hisap balik guna lidah. Darjah 3 mungkin. Seorang abang yang umurnya tua setahun dari saya [tapi otak jahatnya melebihi usia kalau kamu semua mahu tahu] mempromosikan super digimon kepada saya. bukan beli di kedai tetapi dengan tikam. Bayangkan harga di pasaran rm100 dan di mesin tikam harganya hanya rm2. Siapa tidak mahu main tikam tikam. Kecil kecil sudah tahu apa untung dan apa rugi. Ya, saya memang hebat. *ehem*ehem* sampai mane tadi? Erk…ha! Saya kasi rm2 hampir setiap hari kepada abang ini. Setiap hari saya menagih janji. Sudah 50ringgit saya beri pada beliau tapi super digimon masih belum kelihatan. Abaikan cerita Thomas Edison punya percubaan yang banyak untuk membuat mentol itu. Saya putus asa dan abang itu mengatakan dengan penuh diplomasi: “mungkin kalau kau berikan aku lagi 2ringgit, aku boleh dapatkan benda tu. Nak buat macam mane kalau kau dah tak nak. Bukan rezeki kaulah.” Pengajaran nombor 1: jangan mudah percaya pada senior.

Pengalaman 2:
Darjah 4 di sekolah yang sama. Sudah menjadi senior kepada murid murid sekolah rendah bawah. Mula merasakan bahawa dunia ini hanya untuk orang orang yang punya otak sahaja. Saya baru beli digimon version1 [saya tidak tahu macam mana budak sekolah saya minat sangat dengan benda ini]. Warna hijau ada symbol ‘a’ di belakang. Maknanya susah nak buat cheat. Ouh, saya pasti kalah kalau lawan dengan digimon lain. Saya gunakan kelebihan saya sebagai senior. Saya jumpa murid darjah 3 yang punya super digimon. Saya minta dia tukar dengan saya. ayat biasa: budak budak mana boleh pegang benda mahal. Dia tergoda dengan statement saya tadi. Fuhh. Saya dapat super digimon! kemudia pergi ke hadapan kelas. Buat muka bengis dan buat lelongan amal. Super digimon yang berharga rm100 saya jual denan rm30. Semua orang berebut. Sampai ada yang menangis macam budak budak. Benda second hand pun nak berebut. Saya sangat hairan. Pengajaran nombor 2: benda mahal kalau jual murah mesti semua orang nak beli.

Ini bukan drama bersiri. Jadi, walaupun tak sempat nak habiskan semua pengalaman saya. takkan saya nak buat entri yang ada banyak episod, kan?

Senang cerita, saya nak jual baju kat darul Quran ni. Sorang sorang sahaja. Sungguh. Sangat berdikari kata ibu saya. Semuanya kerana inginkan pengalaman. Untung rugi lain kira. Kelak, andai saya telah berjaya dengan cemerlang, gemilang dan terbilang… saya akan cerita semua pengalaman saya. Doakan lah…eh.

Eh eh, pernah dengar baju jenama ‘Brotherhood’ tak? Baju dia semua islamik kalau kamu semua nak tahu. Design dia… fuhhh. Kain dia punya kualiti boleh tahan. Dan harganya… sentiasa buat saya serba salah nak jual. Bayangkan lebih kurang rm28 untuk satu tshirt yang jenamanya ada antara kau orang tak pernah dengar. Lainlah adidas, gajah duduk dan kiko.

Ikut logik akal yang sentiasa pusing pusing ini, perniagaan macam ni ada risiko untuk rugi bukan? Jangan risau. Saya membuat jualan berdasarkan permintaan. Orang order, saya beli. Tapi, untuk untung yang ‘wauu!!’ mesti dapatkan order lebih daripada 50 helai baju. Modal saya tidak banyak. Hanya mulut yang manis dan rm100 untuk beli sample baju. Asalkan berlaku jujur dan amanah dalam perniagaan, saya boleh tergolong dalam kalangan para syuhada, dan orang orang soleh di akhirat kelak insyaALLAH.

Apepun, doakanlah yang terbaik untuk saya. Eh, anda juga boleh ikut serta main jual jual ni. Inikan sunnah. Kalau nak, saya boleh cerita panjang lagi. Harga rm30 tu, harga pasaran sahaja. Bukan harga saya ambil dari pembekal. Dan, muslimah punya baju ada juga. Termasuk hand sock yang trendy. Pakej yang lengkap saya rasa.

[erk, tentang hpa tu… saya masih belum masuk lah. Kalau saya masuk sebab nak tolong melayu dan Islam, brotherhood ini pun orang melayu dan Islam yang buat. Pengasasnya juga orang muda. Lagipun, hpa tidak buat baju kan?]

Lagi satu, kalau anda tidak boleh jadi penjual, jadi pembeli pun ok apa…? :D

Meh meh, sini sini, beli beli…. Hua. Sangat praktikal! Haha. Pengalaman pertama memang sangat menyeronokkan. Huyeyy^_^

5 comments:

H a r i z H said...

aku jual gmba...
klu ko byr, aku bg gmba aku dlm flickr tnpa ada nama aku...
nak? haha..

tipu je ah....

nik uqbah said...

hariz,
saya tak jadi juallah baju tu...

hua hua.
cakap berapi j berapi seblm nii...

segan~

nik uqbah said...

to: alhareasy@yahoo.com

haris, kau sangat skema. bahkan poyo juga. haha...

haih.
auto-graph kau kelihatan seperti carutan. memang dibuat dengan niat kah?

erk. blog ini untuk tatapan umum. soalan soalan berbentuk peribadi amat tak sesuai di sini.heh~

cheers,
unit cedera-mata dan tugas tugas khas.
family day.

ps: ak beritahu pengarah kau salah guna kuasa.hua hua

nik uqbah said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

salah la emel ak ko tlis