Sunday, March 8, 2009

apa ada dalam otak...kosong?

sumpah.

ouh. bunyinya keterlaluan.

sumpit. ya, kurang sedikit dari sumpah. sebab otak aku tak begitu kosong.

cuma ruang untuk isu semasa yang berlaku kat dunia dan malaysia macam takde terisi apa apa. betul. aku tak tahu kalau orang cakap tentang perak.

mujur aku tahu siapa menteri besar dia. yang baru dan yang lama. kau orang boleh cakap aku tak minat politik. silakan. tapi cuba tanya aku tentang dunia pula. blank.

apa aku buat sampai aku jadi jahil macam ni.

ntah. sejak kebelakangan ni aku rasa macam malas nak ambil tahu apa berlaku pada dunia. boleh jadi aku dah bina dunia baru untuk aku hidup sorang sorang dalam tu. macam duduk dengan katak di bawah tempurung kelapa yang tiada lubang untuk kasi aku bernafas. last last mati sebab tiada oksigen.

*them*

aku tak berniat nak mencarut. tapi aku memang nak marah diri sendiri.