Monday, March 9, 2009

walau berapa saiz kasut ibu anda

'although kaki mak kecil dan anak anak mak semua dah besar panjang, mak nak kamu semua tahu bahawa syurga kamu di bawah tapak kaki ini. muat tak muat tetap bawah ni'

ummi aku pernah cakap lebih kurang macam ini. tapi dalam ayat yang nada yang lebih serius. ayat di atas aku petik daripada kata kata mak sorang senior aku.

malam ini. aku tiba tiba rasa macam nak tulis tentang ibu.

semua orang ada ibu. dan tahu apa ibu dah buat selama kau orang hidup. aku harap kau orang jelas tentang perkara itu. dan aku rasa aku tak perlu cerita lagi bagi kau orang semua faham. maaf kalau ada antara kau orang tak pernah rasa belaian seorang ibu. jujur. aku minta maaf sangat sangat.

balik pada kata kata mak senior aku itu.

sungguh. kau pun boleh faham kan. aku tak tahu itu statement lawak atau apa. tapi aku rasa itu luahan hati yang paling dalam dari seorang ibu. ingin dihormati dan dihargai sebagai ibu. that's that.

dulu waktu aku kecil kecil, aku selalu cerita masalah aku pada mak aku. bahkan sampai sekarang. lepas cerita aku akan minta mak aku rahsiakan dari pengetahuan ayah aku semua salah silap yang aku buat. tapi, aku rasa hampir tak pernah mak aku rahsiakan. despite that, aku tetap cerita semuanya. dari soal hati sampai benda besar besar. lepas tu, aku akan tunggu ayah aku ceramah aku.

aku tak tahu kenapa aku takut sangat dengan ayah aku. benda tangan tangan hampir takde. marah guna mulut? maksud kau berleter? juga hampir tiada. dia cuma tenung dalam dalam kat aku dan aku akan rasa aku dah buat benda yang salah bagi dia. aku tak tahu kalau bapa bapa lain macam tu. tapi ayah aku memang cara dia macam ni. sentiasa buat aku rasa nak jadi macam dia.

baru baru ini. aku ada masalah hati yang lebih kurang dahsyat. aku tak tahu aku patut cerita kat dalam blog ini atau tidak. tapi aku tetap nak cerita.

maaf.

aku rasa bukan semua perkara aku boleh cerita pada orang lain. ada perkara yang harus jadi rahsia selamanya. ada yang perlu diberitahu bila tiba masanya.

the thing is... benda tu pun aku beritahu mak aku. dan minta pendapat dia.

kawan aku cakap, kadang kadang ada benda yang tak perlu beritahu ibu bapa. 'think of your own. baru parents kau percaya kau dah boleh diri atas kaki sendiri'. aku rasa macam nak ketuk kepala dia. ini bukan soal aku boleh berdikari atau tak. ini soal aku masih punya ibu dan bapa dalam hidup. takkan aku nak abaikan mereka dalam membuat keputusan. dream on lah.

aku tahu aku dah mula merapu. tapi, aku tetap nak beritahu satu perkara. selagi kau ada ibu bapa, jangan sesekali buat mereka rasa terpinggir. nasihat untuk aku sebenarnya.

ouh ya. walaupun aku dah lama tak dengar lagu ni. tapi tetap nak kongsi. aku harap kau orang paling kurang baca. untuk hayati, itu kisah lain. ok

Buatmu Ibu- Aeman
Ibu bergenang air mataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian
Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tak pula kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa
Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu yang telah terkorban
Tak dapat kubalasi akan semua ini
Semoga Tuhan memberkati kehidupanmu ibu
Ibu kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amatlah aku harapkan
Kerana disitu letak syurgaku
Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan
Kasihanilah Tuhan ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahgia ibu di dunia dan di akhirat sana...
Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang engkau berikan
Ibu... dengarlah rintih hatiku untukmu ibu

4 comments:

H a r i z H said...

erm, haha.

anak lelaki lebih manja kepada mak, kata orang. aku angguk saja. sebab betul juga bagi kes aku.

tapi, adik perempuan aku pun manja dengan mak aku juga, walau orang kata anak perempuan lebih manja dengan ayah.

mungkin sebab ayah aku agak tegas masa aku kecil2 dulu sehingga kitorang takut dengan dia. sampai bertanya kepada mak aku tentang ayah aku. walau ayah aku ada dekat saja. haha.

tapi, bila dah besar panjang, aku cuba nak samakan ayah aku dengan mak aku.

walau sudah semakin kamceng dengan ayah aku, aku tak boleh nak buat gelak-gelak konon manja dengan ayah aku yang aku selalu buat dengan mak aku.

aiseh. kesian ayah aku. aku harap aku boleh jadi lebih baik dengannya. sebab insyaAllah aku bakal bapa, bukan bakal ibu. erm...


*er, sori panjang gila. macam nak publish semula saja di blog aku.haha.

nik uqbah said...

hariz,
aku rasa kau boleh publish di blog kau komen kau ni.

haha.
99% same dengan aku. bapak aku sangat tegas dengan aku dan adik beradik waktu aku masih kecil. sampai sekarang aku masih takut.

aku panggil myfather abah.tapi dia nak anak anak dia panggil dia ayah. sebab ayah nampak macam macam tak garang sangat...heheh. tapi kitorang stil panggil dia abah. takleh nak tukar. haha

dulu, aku ingat seorang ayah memang kena garang dengan anak anak dia yang masih kecil. tapi, sekarang aku rasa tak. sebab ayah aku 10taun kebelakangan ni... sangat baik dengan anak anak dia yang kecil kecil.

mungkin ayah aku dah berumur sikit kot. dan dia sentiasa cuba untuk rapat dengan aku. aku pulak segan segan. haha.

aku rasa semua ayah macam ni laa... en, aku juga harus belajar banyak. sebab aku juga bakal jadi ayah. bukan abah. hahaa...

kalau betul apa yang abah aku rasa. aku akan guna panggilan ayah~

hehe.thx atas komen kau hariz, aku suka.haha

H a r i z H said...

haha. aku panggil ayah aku juga abah.

dia suruh kot. aku tak pasti la. tapi, abah, bunyi macam muda sikit kot dari ayah,kan?

haha. aku rasa pun macam tu juga. masa muda darah panas. itu aku tengok adik bongsu aku sekarang ni, abah aku tak garang sangat macam aku dulu kecil2.

tapi, itulah, abah aku dah selalu buat lawak pun, aku tak gelak seikhlas dan sekuat hati. entah, masih segan lagi, kot. aku pun tak pasti.

nik uqbah said...

haha.

betul2...hee~

erk,
jap jap. maksud kau.. kalau ketawa. semakin ikhlas, semakin kuat ketawa ke? haha.

takpe. sekurang kurangnya kau perasan ayah kau tengah buat lawak atau tengah serius. kadang kadang itu perkara yang sukar bagi sesetengah orang. hehe.