Tuesday, March 10, 2009

hari ini.3 benda.


aku tak pasti aku baca kat mana. blog hariz kot.[erm,hehe]
lebih kurang. 'tulisan dicipta bukan untuk memenatkan penulis'.
dan walaupun aku rasa ayat itu dah cukup kuat untuk aku guna sebagai sebab untuk tidak menulis banyak, tapi aku tetap ingin berkata sesuatu. dengan gambar kelas aku ini, semoga aku tidak perlu tulis panjang.
'tolong doakan aku dapat mengulang semua yang aku dah hafal. tolong doakan yang terbaik dalam hidup aku. doakan aku kuat' amiin.
entah. tiba tiba rasa amat memerlukan doa semua orang. yang kenal atau tak kenal. asal kau orang baca, aku harap itu sebagai doa.
lepas ni, aku mungkin akan kurangkan benda benda blog ini. sebab aku dah janji akan cuti 3hari sahaja lepas dah khatam. buat pertama kali aku rasa aku mesti patuh pada janji sendiri. dah puas aku langgar sebelum ini. sangat memenatkan.
ouh ya. tadi adik aku yang 9tahun ternampak aku reply komen orang guna aku-kau. dia terkejut. aku cakap; belum sampai masa untuk awak faham sebab apa abang uqbah guna ganti nama ni.
aku tak tahu lawak ke tak. tapi aku memang tiada sebab sebenarnya. aku juga tak tahu budak budak anggap orang yang guna aku-kau ni jenis orang jahat ke orang baik. maksud aku budak budak zaman sekarang. sebab dulu kecil kecil, aku juga rasa orang yang guna aku-kau ini tidak beradab.
mungkin sebab di sekolah lama semua orang guna ana-anta. dan di sekolah adik aku juga sama.
lagi satu,
aku nak ucap salam maulid. er, kau orang pernah nangis ke ingat Rasulullah s.a.w? aku harap paling kurang sekali. [lebih lebih kepada orang yang tulis post tentang maulid nabi]. sebab, kita ni umat dia. dan arRasul dah banyak tanggung susah untuk agama ini sampai pada kita.
cukup kau baca sirah awal awal penyebaran Islam. sebelum Nabi dan sahabat berhijrah ke Madinah. kalau kau sudah tiada masa sangat untuk memahamii jerih perih yang dilalui Baginda sepanjang hayat.
aku harap sangat.
p/s: hariz, aku dah tukar.tapi kau macam marah ja.haih~sori2

11 comments:

H a r i z H said...

hoho. sangat kasar kalau cakap dgn adik beradik aku aku-kau, walau abah aku cakap aku-kau dengan adik beradik dia. haha.

ajaran mak aku. dia marah. tapi, dengan kawan-kawan, nak marah apa? peliklah dia kalau dia marah. heheh.

er, tapi, itu ayat di blog aku.

dan maksud konteks ayat aku itu, tulisan bukanlah sesuatu alat untuk kau berasa kecewa, membazirkan tenaga untuk mendapatkan hasil yang tiada apa-apa.

sesuatu yang kau hanya memberikan kau kekecewaan, yang membawa kepada satu fasa keletihan jiwa juga. itu maksud aku. bukannya bermaksud jangan tulis banyak dan panjang.

kalau panjang pun, dan memberikan kepuasan dan makna, ianya bukan meletihkan dan mengecewakan, bukan?

ewah. sekadar ulasan ringkas kata-kata aku sendiri. haha.

aQila Aini said...

erk, aku nak menyampuk sikit je, itu ayat dari blog hariz tho hariz dah bagitau kau.

heeee... ^.^

pasal aku dan kau tu, aku rasa normal.

hurm..

+akufobia+ said...

ikut orang.hu.semua dari background berbeza kan.hu.orang yang penat menulis biasanya dia penat sebab menulis kerana terpaksa.kalau menulis dengan jiwa raga tulis panjangpanjang pun rasa tak puas lagi.kankankan?

nik uqbah said...

buat hariz:

erk. kau nak aku edit balik post aku ke?

haha~

betul betul tak sengaja. waktu aku nak tulis tu, aku tau blog kau. tapi aku tersebut zuhair. haha. rasa macam nak ketawakan diri sendiri.

nama kau dan dia macam ada persamaan lah. er, cakap pasal kau orang aku terfikir aQila Aini juga. kau orang bertiga kawan rapat kah? hehe.

ouh. aku dah salah faham kata kata kau. tau sebab apa? sebab aku dah salah awal awal lagi bermula aku cakap tu kata kata zuhair. haih~

nik uqbah said...

buat aQIla Aini:
haha. saling membantu. gud then~

ya. aku juga rasa normal sekarang. cuma adik aku sahaja belum rasa benda itu suatu yang kebiasaan.emm.

nik uqbah said...

buat otren:
haha. asyraf, aku... aku.... hehe.baik. ana. bunyi macam hipokrit. tapi, ana rasa guna ana-anta lebih hormat kalau cakap dengar senior.kan? hurm~

erk. anta macam dah biasa menulis dengan jiwa raga ja... haha. diari ke? meh sini. nak baca...hee.^_^

aQila Aini said...

>.<

hariz itu kawan di blog.

zuhair itu kawan di kolej.

aku dan zuhair agak rapat.

dah menjawab bukan persoalan kau tu?

heeee.. ^.^

nik uqbah said...

haha.

dapat2...thx.

Kujie said...

masih selesa ber saya...saya

kunokah makcik jie ini?

ada juga ber aku2 dgn beberapa org kawan..tapi sikit sgtlah..sebelah jari pun tak sampai bilangannya.

dah biasa kot.

Kujie said...

owh..pasal patah perkataan waktu menulis...bergantung pada individulah....saya bukan PENULIS blog yang baik, jadi jarang ada entri panjang.

nik uqbah said...

buat makcik jie:
erk.makcik punya sebelah jari ada berapa tangan? hee~

ok2. saya hanya main main.haha. harap masih dikira sopan santun.

em,dulu saya hanya gunakan aku-kau dengan teman teman rapat. rasa macam boleh buat lawak dan cakap semua perkara tanpa sempadan.hehe.

hmp. kadang kadang rasa boleh ja guna saya-[awak/kamu] tapi macam geli pulak bila tulis. lagi lagi saya-awak. rasa macam manja lahh~ haih.

tapi, saya-makcik. saya rasa normal. itu yang paling sesuai dan saling menghormati bukan?

*err, makcik macam terlampau merendah diri je..heheh