Friday, March 13, 2009

depan.belakang.

ini bukan entri untuk buat aku nampak jahat. dan kau kelihatan seperti baik. atau apa apa sangkaan terhadap diri aku mahupun diri kau.

tajuk entri: melihat perempuan yang boleh dikahwini sebanyak 2kali adalah dosa kan? kau tahu kan yang tentang kalau lelaki lihat wanita buat kali pertama itu rezeki. lepas itu kena tundukkan pandangan. sebab yang kedua itu tidak boleh. benda tulah.

tajuk yang panjang. sebab itu aku tidak buat sebagai tajuk utama. tapi tidak rumit. aku harap begitu.

aku kagum kalau ada orang boleh sound direct kalau nampak kawan dia lihat perempuan sekali. kemudian tundukkan muka sebab malu. lepas tu, bila orang ramai tak perasan, lihat lagi sekali. lama.

abaikan skrip ini, "aku lihat sekali jaa. tak kisah la lama atau tak. yang pertama rezeki bukan?"

************************

cuma aku rasa macam hairan. tajuk tu hanya boleh aplikasi pada alam realiti sahajakah? maksud aku kalau melihat perempuan dalam bentuk digital. itu bagaimana?

haih~

baru baru ini. [aku masih di rumah sekarang ini, jadi kalau setiap post aku ada kaitan dengan keluarga... kau mesti faham] mak aku. er, dia seorang muslimah yang baik.

waktu itu aku sedang menonton drama korea. mata tak berkelip. mak aku perasan. dia tanya.

kenapa tak suka cerita melayu?

*diam*

cerita inggeris tak minat?

*geleng geleng*
banyak la tak senonoh. erk.

kenapa korea?

baik sikit kot. macam drama jepun gak.

uqbah tau aurat perempuan kat mana?

*diam*
*malu*
*rasa macam... macam...*
[kau dapat rasa bukan? kalau kawan kau lihat muka perempuan lama lama kau nak tegur dia depan depan. padahal yang kau tengok dekat drama drama atau siaran televisyen tu bukan setakat muka bukan?

haih.haih.
waktu itu aku banyak mengeluh. aku memang tiada jawapan.

uqbah kena jaga benda benda ni. hafal Quran kan.

Lepas itu mak aku pergi. esoknya, dia buat macam tiada apa berlaku sebab aku masih menonton cerita yang sama sebab belum habis. haih.

4 comments:

Unknown said...

elak tengok direct seminggu cerita korea sampai mata pun da sepet je dah habis semua hafalan.haha.

h a r i z, H said...

ko layan cerita korea gak ke?

erm. moga2 makin hebat hafalan. respek aku dengan hafiz quran ni. aku brape je hafal quran. aih~

lg satu, aku setuju dengan kau. ada aku tengok orang lagi hebat menegur, tapi, bila bahagian **** dalam filem orang putih, dia tengok macam biasa saja. bila sebut harsh word yang biasa2, tegur orang, "oi, tak payah la sebut tu."

ajak buat gurau, tak boleh. dia tengok betul2, boleh pula. aih.

Uqbah Azam said...

buat asyraf:
ad ke macam tu? haha.

er, kalau tengok sehari pn, tapi tak mengulang boleh lupa juga..heheh

Uqbah Azam said...

buat hariz:
haha. mulut tak sama dengan perbuatan. biasalah macam tu.

cerita korea? yup. sangat layan.haha. tapi tak sanggup habiskan duit beli. copy dari kawan jaa.

anyway, terima kasih atas doa kau.