Sunday, January 25, 2009

Matahariku-bukan tentang agnes. kamu mesti nak tahu.

kamu semua tahu sebab apa saya macam berminat pada bahasa Melayu ini?

baik. tidak perlu fikir.

saya minat menonton cerita dari singapura. bukan semua. hanya yang boleh buat saya ketawa.

tadi. saya tak sengaja menonton cerita NENEKKU SUPERSPY

haha. lawak sangat.

ketika dunia diancam bahana. siapa yang membantu menyelamatkannya? tontoni nenekku superspy...


tu belum lawak lagi.

ni lawak dia.

bos penjahat baru selesai menonton berita. dia meminta ulasan pembantunya tentang berita itu. ah, kamu semua baca sahaja skrip ini.
[semuanya dibaca secara baku ya. barulah realistik. macam orang singapura]
bos : apa yang kau rasa?
pembantu: saya rasa... orang orang kita telah ditangkap bos.
bos : bodoh. saya baru lihat tadi cerita itu pada berita jam lapan. kau beritahu yang aku tidak tahu.
pembantu:oh. mereka ditangkap oleh seorang ejen. saya ada maklumat tentangnya. bla... bla... bla... [ayat skema. siapa minat bukan baca panjang panjang]

t.a.m.m.a.t

tidak kelakar ke? alahai. nampak sangat taste kita semua lain lain. kamu pasti lebih sukakan senario. saya juga sukalah. tapi zaman saya masih tidak malu menangis di depan kaca televisyen menonton cekekarama.

eh eh. ini ada cerita baru. ia agak serius. dan tolong jangan cakap ada keluar pada berita jam 8. haha.[lawak dipetik dari cerita nenekku superspy]


Menurut Agensi Angkasa Negara (Angkasa), gerhana matahari Anulus akan berlaku
pada 26 Januari 2009 selama 3 jam 46 minit
bermula
jam 4.30 petang,


Gerhana matahari berlaku apabila
bulan
yang sedang dalam perjalanannya mengelilingi bumi lalu bersetentangan
dengan
bumi dan matahari,dan bayangnya terkena pada permukaan bumi, maka
terjadilah
gerhana. Gerhana matahari hanya dapat berlaku ketika bulan baru,
kerana pada
masa itu bulan berada di sebelah bumi menghadap matahari.
Gerhana


Anulus pula merupakan sejenis gerhana penuh di mana satu lingkaran halus
dapat
diperhatikan di sekeliling objek tersebut.
Maklumat lanjut mengenai
fenomena
gerhana matahari, sila klik
[ sini ]

jemputlah tengok ramai ramai. ini bukan promosi hpa. jadi kamu semua mesti buat reminder pada handphone masing masing.

matahariku. haha. saya tak minatlah agnes monica.
alakullihaal, wALLAHua'lam

p/s: jangan lupa sebut subhanALLAH dan buat solat sunat gerhana... ok.

4 comments:

H2 said...

alamak, tengok cerita Singapura apa kelas? tengok Thailand punyalah baru macho. Cerita Ghostbuster pun dialih suara kepada bahasa Thai secara penuh. Kemudian iklan lama-lama. cerita 5 minit, iklan 15 minit. Nasib baik iklan lama, terhibur jugalah dengan iklan2nya yang kelakar walaupun tak faham, dari ceritanya yang langsung tak boleh faham. Arh, panjang komen. Seganlah rasa macam ni.

Tapi, macam mana pun, barulah sekarang aku rasa macam katak pakai kaca mata hitam di bawah gelas tinted hitam. Serius aku tak tahu apa2 pasal gerhana ni sebelum baca blog kau. Tahniah, ada can nak lawan karam singh, wartawan unggul.

nik uqbah said...

ouh. kerana tidak mahu kau seorang sahaja segan komen panjang panjang, aku temankan kau. ehh..

kadang kadang aku rasa, iklan apa apa versi bahasa apa apa pun aku boleh faham. sebab kalau kau ternampak secawan kopi dalam iklan tu, kau mesti akan cakap ni iklan kopi. bukan? walaupun itu sebenarnya iklan biskut meri yang sedap dicicah dengan kopi.

tapi thailand memang aku tak suka. tulisan dia mengingatkan kepada filem hindustan yang aku benci. sangat buat aku pusing pusing kepala.

lagi, kau makin kacak kalau pakai kaca mata hitam di bawah gelas tinted hitam... haha. jujur, aku pun tak tahu gerhana ni ada hari ni. mujur aku tertidur lambat sikit masa khutbah Jumaat. kalau tidak, mesti tidak tahu juga. haha. kau tahukan aku hanya buat lawak.

kali pertama aku rasa khutbah versi sains ada di Malaysia. sangat buat aku tidak boleh tidur. ingin mendengar khatib menjadi guru sains. mereka sangat hebat.

takcoollah.zuhair said...

owh. aku tak minat agnes. smpai la tertgok sinetron jelita. rambut agnes dlm tu sungguh....

KOOL-LA-WEI~

nik uqbah said...

haha.

aku juga suka tengok cerita Jelita. walaupun tidak sedahsyat cerita nenekku superspy yang aku tengok nii.

eh eh, kau rasa agnes jadi model untuk syampu tak?