Wednesday, January 21, 2009

Benda salah mana boleh jadi islamik

Kalau kau semua nak tahu.

Baik.

Ini mesej ringkas.

‘ana harap anta boleh guna ustaz ustazah sahaja selepas ini. Baru lebih terjaga.’

Ok. Saya tahu niat dia baik. Dia nak jaga hubungan banin banat dengan lebih sempurna.

[perkara penting di sini, saya dan si dia tiada apa apa]

‘ok. Ana tidak kisah apa apa. Cuma hendak sebab. Boleh kah?’

‘ana malas nak type panjang-panjang. Asslamualaikum ustaz.’

Oh, saya tidak mahu mahu dipanggil ustaz pada waktu ini. Saya punya ilmu masih sikit. Selalu sahaja buat dosa. Mana layak. Lagipun saya mahu ambil sciences punya course lah selepas ini.

Baik. Baik. Baik.

Apa saya mahu cakap di sini ialah.

Dalam Islam mana ada istilah menempel. Atau tampal tampal tutup lubang atau salah.
Kalau kau mesej banin banat. Itu sudah salah. [kalau tiada tujuan]

Kemudian kau ingin lebih islamik, kau mahu guna panggilan ustaz ustazah.
Kemudian kau rasa lebih tenang mahu berbalas mesej selalu. Sebab kau rasa kau dah menjaga pergaulankan lelaki dan wanita dengan amat baik.
-----------------------------
Tahu apa rasionalnya tak?
semua benda yang salah ni kita kena atasi dari akar umbi. Dan menyeluruh.
Bukan main tutup-tutup sahaja.

Bayangkan. Sebuah Negara. Ekonomi dia sangat teruk gara-gara rasuah, riba’ seleweng duit rakyat dan duit zakat.

Dan pemimpin yang kononnya bijak itu, menyarankan ‘kempen anti-rasuah’. [kau orang tahukan Islam larang makan rasuah]

Dan ekonomi Negara itu pulih balik. Negara stabil. Juga bertahan lebih lama. Gembira bukan.

Lagi gembira sebab pimpinan boleh terus makan duit haram. Terus menerus. Sebab ekonomi dah stabil kan.

Kerana mengamalkan hanya satu cabang daripada agama, negara makin berkuasa. Jahiliah terus berleluasa. Negara jahiliah bertahan lebih lama.

Puncanya,

Kau tak cegah dari akar umbi.
Kau tutup satu kesalahan. Kau buka kesalahan lain.
Lepas ini, pasti muncul masalah lain.
Masalah akan timbul silih berganti tanpa henti.

------------------------------
Ok. Balik kepada cerita awal tadi.
Oh ya, faham tak cerita tentang ekonomi tadi?
Boleh kaitkan dengan cerita guna ‘ustaz-ustazah’ tak?

Dia macam ni. Kalau kau rasa benda yang kau buat tu salah, tidak perlu twist twist, pusing pusing, tukar sana sikit adjust sini sikit. Kau tukar sahaja.

Bermula dari awal.

Niat. Kerana Tuhan kita. Kemudian, berubahlah atas dasar sedar, faham dan insaf.

Ya, tukar sikit sikit yang istiqomah dan berterusan itu lebih baik daripada kau tukar secara drastik semuanya sekaligus dan esoknya, terus jadi macam asal.

p/s: dalam post ini, saya lebih banyak berfikir. Daripada menaip. Sangat susah mahu susun ayat. Entah sebab apa. Jadi kalau kamu rasa rasa macam tidak faham mesej yang saya ingin sampaikan, itu bukanlah masalah minda kamu dalam memahami sesuatu perkara. Ini masalah saya yang jahil ini. Tertekan sedikit mungkin.

-post ini bukan diterjemah dari bahasa Tamil ke bahasa Melayu. Kalau kamu rasa ayatnya semua terbelit belit-

5 comments:

Anonymous said...

=) nice post.
realiti yg selalu org nampak tapi buat2 x nampak.
Allah yukhallik..

Uqbah Azam said...

ALLAH yubarik alaik...

saya sendiri kadangkala terjebak. kadangkala yang mungkin selalu.

saat iman turun. selalu kalah.

moga semua orang kuat.

Sharifah Zahidah said...

Salamalaik. MashAllah. Nice blog eh. Erm, I dont get ya point 100% but inshaAllah, 53% maybe.. :D

Buat ana tertawa.

Kalau percaya diri mendikong pendapat yang baik, sewajarnya dikongsi bersama2.

Alasan malas 'menype panjang', kelihatan kurang matang dalam amalan yg melibatkan prinsip. Anyway, husnuzon je la, maybe dat girl sakit jari, or keypad prob, or busy iadah...

eh eh. tertype pjg plak dah.. sorry tuan blogger~

Uqbah Azam said...

alhamdulillah. itu lebih dari separuh bukan? bagus. petanda bahawa ana masih belum gagal dalam memahamkan orang lain. mesti cuba lagi.

ouh. ada lawak yang ana tidak sedar dalam entri nii eh... heheh. anyway, akan cuba dicari dan dibaiki. [inikan post yang serius]^_^

kemudian, tentang 'malas type panjang' itu... ana kena jelaskan lebih sikit kot. dat banat sudah beritahu sebab. dan ana setuju tujuannya.cuma, kadang kadang rasa... terjagakah.

apepun, wALLAHua'lam... tidak mahu ulas lebih lebih. dat banat sudah sampai di sini. dan dah baca entri ni. dan, ana telah segan silu pada diri sendiri.

Ahmad Ashraf said...

salam,
bagus artikel ni, menyedarkan ape kesalahan selama ni....

satu pengajaran yang bermakna.