Tuesday, January 20, 2009

Awak janganlah perasan sangat

Cerita Satu
[atas dasar sirru tanzim, saya tidak boleh sebut nama watak]

Jam 1600 waktu Malaysia

"abang dah datang ke belum??" saya menjerit sekuat hati.

"ha?" dia membalas mudah. Menandakan soalan saya tidak jelas baginya.

-oh ya, kami berada pada jarak 20 meter antara satu sama lain. Jadi terjerit-jerit sebegini masih dikira sopan santun -

"abang ***** dah sampai ke belum?"

"ha, kalau boleh kuat lagi sebut nama tu. Kasi semua dengar."

Seterusnya cerita dalam hati. Monolog dalaman.

"aku ada buat salah ke? Bukannya orang kenal pun nama abang ***** kalau aku kasi tau satu DQ. Berlambak nama tu kat sini. Benda kecik pun nak besar-besarkan. Dia yang lambat tangkap soalan aku tadi. Bukan aku sengaja nak sebut nama naqib aku tuu. Lantaklah.

Cerita duaJam 1530 waktu Malaysia.
Setengah jam sebelum cerita pertama berlangsung.

Saya sedang sedap-sedap makan maggi. [saya mahu anda boikot benda ini. Saya sangat lapar pada waktu itu. Jadi, saya minta maaf]

Rakan seusrah saya masuk bilik. Dia Nampak saya tengah berdua-duan dengan maggi. Dia diam sahaja. Langsung tak cakap tentang usrah. Oh, dia terlupa. Baguslah.

Saya makan perlahan-lahan. Mahu makan seorang. Dia keluar dari bilik. Buat tidak tahu dengan kegiatan tak bermoral saya ketika itu. Oh, dia benar-benar lupa.

Tinggal kuah.

Phone saya berbunyi. Lagu Jo kwan Woo.

mesej;
'salam. Makan maggi, sedap kan… pentadbiran yerh'

Ok.

Saya tahu. Dia hanya buat-buat tidak tahu.Saya lihat keluar melalui tingkap. Dia sedang berbasikal dengan penuh kool. Hampeh sungguh. Mati-mati saya ingat dia terlupa.
----------------------------------

Pengakhirannya di sini.
Saya pergi usrah dengan segan silu. Satu hari saya sudah buat krisis dengan dengan dua orang rakan seusrah saya. Pasti kena basuh lepas ini.

Tentang maggi yang sepatutnya saya boikot

Tentang maggi yang buat saya lambat pergi usrah

Tentang sebut nama naqib kuat-kuat

Tentang tak bersedia apa-apa sebelum pergi usrah

Tentang amanah mengulang 3juzu setiap minggu yang saya abaikan langsung

Sangat menyesakkan dada. Sewaktu semua orang mahu sindir saya sebab semua ni. Mereka Cuma sebut semua ini tanpa sebut nama saya sekali. Saya tahu semua itu salah saya. Tidak perlu sebut saya sudah tahu. Meraka ketawa dan saya hanya buat tidak faham.

Rasa mahu balik cepat cepat. Tidak mahu dengar lagi apa apa yang mereka semua cakap. Saya tidak mahu bantah apa apa. Nanti meraka kata saya perasan.

Ini bukan fasal saya perasan ke apa.

Kamu semua cakap pasal saya. Takkan saya langsung tak sedar.

No comments: