Tuesday, January 20, 2009

tidak kasihankah pada mereka?

Setelah sekian lama tidak menambah apa apa post. Post yang terakhir sebelum ini, bagi saya adalah post yang sia-sia sahaja.

"kalau kau rasa hidup kau penuh susah, penuh derita sampai kadang-kadang kau rasa mahu bunuh diri. [aku tahu kau tidak bermaksud untuk berbuat demikian kerana kau hanya menggambarkan tekanan yang kau alami sekarang] kau perlu lihat orang yang lebih susah yang lebih merana"

Saya bukan siapa siapa mahu kata itu dan ini. Mahu bising sana sini.

Dan kamu juga bukan siapa siapa mahu kata saya tidak layak cakap apa apa.Jadi semua harus hormat satu sama lain.

Ok.

Asalnya saya mahu menulis tentang Palestin. Tapi, tidak tahu sebab apa tiba-tiba rasa macam tidak mahu tulis.

Bukan sebab sudah terlewat untuk sibuk-sibuk kecoh tentang hal ini. [ saya tahu kalau mahu fikir kelewatan menulis sesuatu tentang Palestin, kita semua telah lewat hampir 70 tahun. Sejak Palestin mula dijajah dengan si Bodoh Israel itu]

Bukan sebab saya tiada minat lagi tentang isu Palestin-Israel ini yang sudah masuk setengah bulan berlarutan. Entah bila akan selesai. Saya hanya mampu berdoa di sini. Dan tolong sebanyak yang mampu. Saya tahu kalau ALLAH menghendaki kemenangan ke atas umat Islam, sudah lama boleh terjadi.Apabila Tuhan kata 'kun fayakun' maka jadilah. Itu keimanan kita. Dan si Bodoh Israel yang bongkak itu, kau hanya perlu tunggu saat itu datang dan kau dihancurkan seperti umat terdahulu. Laknat ke atas kamu, Israel.

Seluruh dunia mengutuk Israel sekarang. Bukan saya seorang.Tapi, sekadar kutuk cukupkah?

Ya, tidak. Kamu semua tahu itu. Apalagi?


Boikot!

Kata orang, boikot harus dilaksanakan besar-besaran secara konsisten. Baru dinamakan Berjaya.

Kata orang yang konon kononnya lebih bijak 'kalau hanya segelintir sahaja manusia yang mahu ikut idea boikot kau ini, kau lupakan sahaja. Kau tidak mungkin berjaya. Aku tahulah, sebab aku belajar benda ini waktu di kampus dulu'.

Baik. Abaikan sahaja pesanan orang yang rasa dia sentiasa betul itu.

Dan apakah kau semua mahu tunggu semua orang ramai ramai boikot baru mahu ikut boikot juga? Gila. Mana ada manusia semua satu kepala. Muka sahaja melayu tapi bertopeng yahudi. Kau yang sedar itulah harus boikot. Awal awal. Tidak kisah walau kau buat sorang sorang. Saya ulang tidak akan ada semua manusia mahu satu kepala dalam satu masa. Percayalah.

Kalau kau tidak mahu boikot, apa lagi yang kau orang boleh buat?

Protes?

Oh, saya dengar tidak pernah terjadi dalam sejarah manusia peperangan terhenti hanya disebabkan protes. Kau pernah dengar tak? Kongsilah dengan saya kalau saya salah. Saya hanya tulis sekadar apa yang saya tahu. Memang. Kalau kau habiskan duit pergi protes dan harap peperangan yang kau benci itu tiba-tiba terhenti sebab ramai sangat manusia yang pergi ke protest tu, aku rasa baik kau terus guna duit kau yang banyak dan halal itu untuk sedekah buat Palestin.Itu lebih baik.

Tapi, kalau kau niat pergi protes untuk tingkatkan kesedaran kau bahawa masalah Palestin juga masalah kau sebab kau itu orang Islam dan Palestin itu bumi yang diberkati, penduduknya mu'min dan masjidil Aqsa pernah jadi kiblat pertama umat Islam. Kau nak buktikan kecintaan kau terhadap bumi kelahiran para anbiya'. Kau sekadar mahu Israel tahu bahawa seluruh dunia sedang mengutuk kezaliman mereka.Juga kerana kau sebagai muslim mesti sayang muslim yang lain. Saya rasa itu sudah cukup bagus.

Lebih bagus daripada sikap sebilangan pemimpin bangsa Arab yang menutup sempadan Negara mereka dengan Palestin dan membiarkan manusia seagama mereka diganyang Israel.Kau jauh lebih bagus daripada mereka ini.

Mereka tidak mahu Hamas memerintah. Mereka mahu Fatah. Barulah pemikiran sekular mereka boleh terus hidup. Mereka peduli apa. Saya suka kutuk mereka. Mereka boleh jadi lebih Israel daripada Israel. Jadi selain Israel, kau orang semua juga harus kutuk mereka.

Baik.

Apapun, kau kena lebih rajin search kat internet tentang isu isu Palestin ini. Ianya sangat penting. wallALLAHua'lam

No comments: