Thursday, December 25, 2008

[tiga]

[3]

ya. itu hanya angka. saya tahulah.

saya cubit pipi kanan. sakit. ah, saya tidak bermimpi. baguslah.

jam belum pukul 12. hari ini masih bertarikh 25-disember-2008.

rekod peribadi. [tiga] post dalam satu hari. anda akan mula berasa benci membaca blog ini. satu hari memikirkan untuk [tiga] entri. tidak penat tapi memualkan. anda, satu hari membaca [tiga] entri dari orang yang sama. pasti terus termuntah.

sebelum memudaratkan anda semua, baik saya berhenti bukan? saya memerlukan suara majoriti untuk berhenti. inikan negara demokrasi.

saya boleh sahaja menggantikan ganti nama 'saya' dengan 'kita' untuk mengurangkan beban menghasilkan entri ini... saya boleh berkongsi beban ini dengan sesiapa yang mahu berkongsi. tapi, bagaimana dengan kamu semua. ya, itu lagak pemimpin prihatin. maka... undilah saya.

hmm,
mahu lihat saya menggunakan 'kita'? baik. lihatlah.

kita akan terus menyambung entri ini tanpa henti. kita tidak akan menyerah. kita peduli apa nasib bangsa.

lihat?

saya betul-betul bersemangat. seolah ada tangan ghaib datang membantu. tapi anda?

pening saya memikirkan. antara suara hati dan suara rakyat. siapa yang harus saya pilih? kalau saya pemimpin, pastinya suara anda. tapi saya hanya warganegara yang belum layak mengundi. kamu pasti tahu apa pilihan saya...

begitulah. sebelum saya bosan, baik saya berhenti menulis. bukan kerana anda. saya tahu anda sudah lama tidak senang dengan blog ini. teruskan begitu buat hari ini. hari mendatang jangan sekali. ya?

maaf.ini bukan kisah saya. ini bebelan saya yang ingin mencipta rekod peribadi. anda pernah? kalau belum, tidak perlu beritahu saya.

*sempena sambutan hari lahir blog nii. satu hari. saya bukan menyambut krismas. anda perlu tahu itu. sangat penting.

ok. tahniah kerana dapat baca sampai habis. saya kagum. saya pun tak mampu nak buat camtu. [kalau baca blog orang lain]

2 comments:

Anonymous said...

haha.. ye je tak mampu?

Uqbah Azam said...

heheh.perlu dibuktikan ke?