Thursday, December 25, 2008

lesung batu[anak] vs jerawat

eee~

ah. kamu geli. saya tidak kisah.

saya terkial-kial belajar adobe photoshop. belajar secara curi-curi. mengusha kawan saya menggunakan perisian itu. ingin bertanya? ohh... tidak kacaklah begitu. maksud saya, saya perlu ada asas sebelum bertanya. barulah tidak 'blur'. kamu mahu saya gunakan perkataan 'kabur'? baik. hari ini hari anda.

kabur. tapi teruja.

-kawan saya tekan stamp
-dia click ctrl sambil ambil sample warna kulit yang berdekatan dengan menekan mouse. ctrl dan meng'click' mouse serentak.
-dia letak kat tempat yang ada jerawat.
-jerawat hilang

..........harap maklum: ini bukan iklan pencuci muka..........

whoaaa... gempaklah weh[bahasa anak muda]
mashaALLAH...[bahasa saya barangkali... ah, saya mengidam nak cakap ni andai terpegun]

saya balik. line clear. saya zoom gambar saya. ya ya... ada jerawat di situ. dush2. matilah kau jerawat. adobe photoshop. kau memang berjasa.

dengan setitik peluh petani, saya berjaya buang jerawat. bangga bukan? itu sahaja saya reti. tanpa jerawat, barulah kacak. itu kata-kata orang yang kuat perasan. saya benci mereka.
.....................................................................................................

tak sabar nak lihat cermin. mari lihat bersama encik semut sekalian. saya menjemput anda.

wadda...

pemaisuri semut, kau lihat?
lihat2... gerangan apakah itu wahai manusia?
jerawat la mak cik oii~

hampa. sia-sia gunakan adobe. jerawat masih ada pada muka.
cane ni?
ahha. jamu... tak percaya? ya, saya tipu. anak lesung batu. ini sebetulnya.

-saya panaskan guna api
-saya balut dengan kain batik emak saya. anda juga boleh cuba.
-pastikan jangan terlalu panas atau sejuk. asalkan tidak melecur atau tidak beku muka sudahlah.
-letak di muka. kata orang dewasa... tuam. tanya nenek saya kalau tidak tahu.
-buatlah bila-bila.

mudah bukan? saya suka adobe, tapi anak ini lebih berjasa. pandai sungguh pakcik lesung dan makcik batu mendidik anak mereka. mereka keluarga bahagia.

p/s: sepupu saya da buat. dia bukan bahan ujikaji ok? dia yang ajar saya. ilmu yang diturunkan dari nenek. seminggu je dah boleh hilang jerawat yang banyak-banyak. insyaALLAH. saya juga dah cuba:]

ow ya, saya tidak bertanggungjawab atas kesalahan anda mengaplikasikan ilmu itu.

cheers~
ws

No comments: