Thursday, December 25, 2008

itu dan ini??

assalamualaikum.

awal-awal ni, saya guna kan ayat yg formal, boleh?

apa?... saya tidak dengar suara anda wahai pengunjung semua...

saya ulang ya. saya nak menggunakan ayat formal nii.... boleh tak??

ah. tiada balasan. saya mula bosan dengan anda. ya, anda. bukan kucing di sebelah kiri anda. bukan juga mouse di kanan anda. [ kalau anda tidak kidal ]

tolong jangan berkerut. saya tahu saya memeningkan kepala anda. tapi, ini blog saya. saya tidak mahu dimarahi anda kelak kerana memprcepatkan dahi anda berkedut. tolonglah.

oh ya, saya bermula dengan formal.

nama saya nik uqbah. tapi itu bukan nama penuh saya. saya mahu segera.

kalau maggi boleh 2minit, mengapa tidak saya. err, saya nak bagitau kenapa saya pilih nama blog nii... 'itu dan ini'

-ayat yang formal mempercepatkan kebosanan kita semua-

saya mahu cepat habis. saya sudah bosan.

siapa saya. anda sudah tahu. siapa anda. saya tak nak tahu. ada perkara yang lebih penting.

mengapa 'itu dan ini'.

jujur. saya bukan peminat siti. kerana dia sudah tua. punya cucu barangkali. bukan juga peminat lagunya, 'siti situ sana sini'.

habis apa?

apa yang habis? saya belum habis. saya belum puas berbahasa formal. berbahasa melayu. walaupun saya sudah bosan, saya belum puas.

itu dan ini.

saya bukan nak merapu rapik. sia-sia sahaja kalau niat sudah terpesong pada awal-awal begini.

baik. saya memilih tajuk ini, kerana...

saya nak cerita macam-macam. saya nak bercerita tentang hidup saya sebagai manusia. juga sebagai seorang Islam. saya bangga menjadi muslim. bukan sebagai robot. bukan jua seorang kambing. atau seekor buah rambutan. semuanya bukan. kisah saya sebagai manusia.

barangkali ada kisah saya pernah berlaku pada anda. pernah berlaku pada zaman dahulu dan terpotret menjadi sejarah. dan mungkin akan berulang pada masa hadapan? sipa tahu. Tuhan tahu.

saya nik uqbah. insan kerdil. punya banyak cerita kecil untuk dikisahkan. anda? mahu baca atau tidak, saya tidak kisah. saya bercerita hanya untuk orang yang mahu mendengar. anda? mahu ambil pengajaran atau tidak, saya tidak hirau. saya hanya menyampaikan.

saya rasa sudah cukup. baik.

oh ya. saya orang melayu. kalaupun saya berbahasa inggeris atau arab, saya tetap orang melayu. kalaupun saya bermata sepet, saya tetap orang melayu. kalaupun saya tidak mengutuk samy vellu, saya tetap melayu.

maaf kerana tidak berbahasa universal. tapi jangan salah sangka. saya langsung tidak akan berjuang atas nama bangsa. saya hanya akan berjuang atas dasar agama. saya ulang. saya seorang muslim...

itu dan ini. kisah saya.

3 comments:

Saidina Ali said...

"SAYA TIDAK HIRAU.."

-ini bukan bahasa melayu yang baik en. uqbah.
maafkan saya, bahasa malaysia, bukan bahasa melayu ya. hehe

(betul la, memang saya tak pernah lulus ujian bahasa malayu, tapi saya boleh tegur yang cikgu saya selalu bulatkan dengan pen merah kan? :p)

nik uqbah said...

wah2... ber'saya'2 lah... so, what should i say? awak??

heheh. okayy. awak,
[manja weh...haha]

kamu,
itu bahasa sopan. 'saya tidak hirau', sangat sweet kalau gne intonasi yg rendah dan pitching tak lari... tak percaya? cubalah.

eh, bahsa melayu lah...

ahmad said...

pe la hg ngarut ni...
rosak2..
sia2 je cemerlang dlm bm wkt spm dulu..
ish3..