Assalamu'alaikum
tengoklah. banyak kali pun tidak mengapa.
ada yang meminta aku menulis lagi, tetapi apa yang dapat aku beri?
kadang-kadang, ada perkara yang sama tetapi dirasai secara berbeza oleh orang lain.
sebab itu dalam hidup ini ada jutaan rasa diberi Tuhan.
gembira. gembira macam mana? macam mahu terbang? macam tidak boleh tidur? macam mana?
sedih. sedih macam mana? sedih rasa hendak nangis? sedih rasa mahu menyendiri? sedih macam mana sebenarnya?
dalam hati aku, sebenarnya sentiasa mahu berkongsi perasaan-perasaan begini tetapi bila difikir balik, untuk apa?
untuk orang lain merasa iri hati bila aku gembira? untuk orang merasa sedih jiwa tidak ada apa yang aku ada? atau bila sedih, untuk satu dunia bersedih sama?
untuk apa sebenarnya?
untuk apa.
tidak ada benda yang benar-benar jelas di dalam hidup ini.
tetapi dalam apa-apa perkara pun, sebenarnya bukan hasilnya yang perlu kita jelas. ada perkara yang lebih penting. dalam hati kita-kita juga letaknya. niat.
dan sebenarnya tidak kisahlah apa hasil yang kita dapat, apa yang kita buat asalkan selari dengan apa yang disukai tuhan, yang pentingnya niat kita.
jadi, aku menulis untuk apa?
---
*senyum*
'Blog is the medium where people share their thoughts and for others to read' a.z,2011
and ultimately, to attain Allah's pleasure.
inshaAllah.
edited ver.
2 comments:
aku baca setiap post,
dengan senyum segaris,
dengan otak yg berjalan.
very nice.
terpaksa mengaku.
ketagih.
and
write more please.
terima kasih
Post a Comment