tetapi kali ini pula, hatinya begitu resah gelisah pula seperti, apalah ertinya cuti bila kerjanya hanya membusuk dimakan waktu di rumah. itupun kalau membusuk boleh dipanggil sebagai pekerjaan.
dan busuk itu, bukan sekadar metafora yang hanya boleh difahami oleh dirinya sahaja. kata orang, busuk jiwa dan raga. imannya, amalnya, ilmunya, dan yang paling ketara tetapi tidak mahu disebutkan ialah... tidak penting katanya.
lalu sekonyong-konyong tubuhnya dikerah untuk mencari pekerjaan yang panjang masa rehatnya, pendek masa kerjanya, dan tidak perlu menggunakan banyak tenaga. tetapi kasihannya dia tidak berjumpa dengan satu jenis pekerjaan pun yang sedemikian rupa. mahu bersedih pun tiada makna, kerana sebenarnya dekat di sudut hatinya dia bergembira kerana tidak perlu bekerja dan dapat menikmati baki-baki cuti yang tinggal buat dirinya.
setelah dikira-kira, rupanya sudah hampir 3bulan dia bercuti. sungguh dia tidak sangka masa mampu berlari sepantas itu, kerana pada hematnya seperti baru semalam dia membawa pulang bagasi-bagasi penuh pakaian ke rumah. rupanya seratus hari yang lampau. lebih daripada 2400 jam yang sudah.
dan nombor-nombor ini seakan-akan mengejek dirinya.
atau sebenarnya, dia yang sedang mentertawakan dirinya sendiri.
peace out.
No comments:
Post a Comment