Sunday, July 31, 2011

thank you.

Assalamu'alaikum

entahlah. dalam hidup ini, aku sungguh sedar bahawa semua perkara yang berlaku bukan secara kebetulan. Ianya telah tertulis di atas dan kita hanyalah pelaku ceritanya. cuma sama ada perkara tersebut memberi erti kepada kita ataupun tidak, yang seterusnya kita pun tidak ambil kisah tentang perkara yang berlaku, itu kisah nombor dua.

aku bertemu dengan seorang yang bernama encik A sewaktu menunggu bas. dan kami berbual-bual seputar kehidupan yang sungguh berbeza sekali jalan penceritaannya. aku kemudiannya bertanya kepada encik A apakah nama sebenarnya dan aku merasakan sungguh klise pertanyaan sebegini rupa kerana tak mungkin akan dapat bertemu kembali.

sebulan kemudian, aku terjumpa kembali dengan encik A di dalam komuter. dan aku bertanya adakah dia masih ingat aku. katanya ya tetapi aku terlupa namanya yang pernah aku tanyakan dahulu.

namun begitu, ada ramai sebenarnya orang sepanjang hidup aku yang aku temui secara tidak sengaja, tetapi aku memilih untuk tidak menjadikan orang-orang tersebut sebagai watak picisan di dalam hidup ini.

terutama mereka yang menulis di alam maya seperti aku.

bagaimana aku ingin berterima kasih kepada mereka yang aku tidak pernah kenal tetapi telah terus menerus memberikan aku semangat dalam mengharungi hidup ini, tanpa secebis pun mereka sedari?

entahlah.

apapun, selamat berpuasa kepada semua umat Islam!

Ramadhan kareem.

4 comments:

Anonymous said...

terbaikk ;)

uqbah said...

thank you ;)

ಠ_ಠ said...

tak baik pun.



doalah yg terbaik buat mereka.. nnt malaikat amiin utk kamu juga :)



oh, dan jazakallahukhoirankathiran.

Uqbah Azam said...

hehe.

insyaAllah. Thank you :)