Wednesday, April 29, 2009

mari bicara soal masa. versi klasik 70-an

Sejak kebelakangan ini. Aku memang sentiasa tidak sempat untuk buat banyak perkara. Macam kau kau orang juga. Tapi tidak apa. Sebab aku tahu apa punca. Bagus.

Lagi 3minggu sebelum final exam. Atau kurang.

Semua orang sudah bubuh doa tambahan lepas solat macam ini
[aku agak saja. Sebab aku buat begini] ;
‘ya Tuhan berikan aku kesempatan untuk mengulang semua yang pernah aku hafal.’

Untuk lebih dramatik… boleh juga mohon agar satu hari ada lebih dari 24jam.

Tak mustahil. Kau pernah cuba?

Sini aku tunjukkan cara.

Mula mula kau kira satu hari kau tidur berapa jam.

8jam? Baik. Lebih kurang aku.haha. tidak. Mungkin aku lebih banyak. [alamak, seganlah…..]

Kemudian, masa yang kau peruntukkan untuk berbual kosong mahupun bermain main bersama teman sepermainan.

4jam? Hebat. Susah cari orang yang jujur macam kau.

Ok.

8jam untuk tidur tambah 4jam bermain main sudah 12jam bukan?

Kemudian tambah dengan 24jam.

Jadi secara logiknya, kau orang ada 36jam satu hari.

*tepuk*

Tahniah…………….bukan semua orang ada masa panjang macam kau!

p/s: hidup kau pasti sangat bahagia sekarang kan. Sebab itu kau punya banyak masa untuk baca apa yang aku tulis. Walau hanya benda karut. Maaflah. Sebab buang masa kau. Bukan hobi aku.
Exam dah dekat. Aku takut masa tak cukup untuk aku mengulang. Seram. Kau orang doakan aku ya!

5 comments:

+akufobia+ said...

hoho.semangat.semoga DIA mudahkan segala urusan kamu.so kamu dapat mengulang dengan penuh ceria.haha.

nik uqbah said...

tak semangat sangat. sebab itu mohon doa dari kamu. dan kamu kamu yang lain. macam itulah. hee. ye. Semoga Tuhan permudahkan. terima kasih atas doa itu. saya doa buat kamu juga abg. asyraf...

yes2. jadi tak ayat skema? heheh

Anonymous said...

what a creative man!

nik uqbah said...

bukan kreatif. kepala pusing2 laa~ heheh:)

Ancelotfi said...

siapkah niq qbah. buat post tentang diri kamu jika sudip. lol. sudi. lol.