Monday, March 30, 2009

sila terjun. bekas lombong. dalam sikit ja.

gambar ini bukan aku yang ambil. atau tangkap. anda hanya perlu ucap subhanALLAH dan abaikan penulis blog ini. sebab bukan aku yang tangkap. betul. tak tipu.

aku kat sini hanya nak suruh kau orang terjun dalam tasik darul Quran ini. itu sahaja. tak lebih tak kurang. tapi jangan salahkan aku kalau kamu lemas atau mati. atau... ah, fikir lah sendiri.
sebab aku hanya cakap je kan. ada aku tolak? takde. tarik? oh, jangan lah tanya soalan tak masuk akal. kan aku dah beritahu awal awal. aku hanya cakap, terpulang lah kalau korang nak buat.
------------------------------------------------------
wah!!!
------------------------------------------------------
jangan cakap aku macam shytan. tolong.
------------------------------------------------------
aku hanya nak korang sedar bahawa shytan memang kerja dia hasut je. provok sampai kau orang rasa nak buat walaupun korang dah tahu apa bahana kalau korang buat. damn. sila kutuk diri sendiri kalau banyak kali kena tipu. hahaha. dan ketawakan kebodohan diri sendiri juga.

haih. bukan kau orang je selalu kantoi. aku juga. jadi kita sama sama saling mengingati.
fiuh. islamik nya aku hari ni. hehe. segan segan pulak. haha. tak tak. manusia berubah kan. bagus. iman naik dan turun kan? betul. jadi sekarang iman aku mungkin tinggi sikit. sekejap lagi? doakan aku terus kuat. amiin.
------------------------------------------------------
tahu macam mana shytan tipu korang?

aku tulis ikut urutan dari plan A ke plan D. senang cakap macam ni. plan A diorang kantoi, tukar plan B. huhu. ala diorang pun pandai apa. juga tak lemah semangat. haih.

plan...
A- halang buat baik
B- suruh buat ala kadar
C- suruh buat yang terbaik. supaya korang kembang hidung dan riya' atas kejayaan sendiri.
D- melibatkan tahun mendatang. contohnya dulu korang sangat ikhlas derma di jalan ALLAH untuk bina masjid. 10 tahun lepas tu, korang dah banyak orang solat dalam masjid tu. tiba tiba muncul perasaan macam ni,," fiuh. kalau aku tak derma rm10000 untuk bina masjid ni, mesti korang sume tak leh semayang selesa macam ni..." habis semua pahala 10 tahun lepas. haih. naudzubillah.
en, tapi macam yang kau orang semua tahu. kita masuk syurga bukan sebab amalan kita. tapi sebab rahmat ALLAH. kalau nak banding kita punya amalan dengan semua nikmat yang Tuhan beri kat kita. haih. jangan cakap lah. memang tak boleh nak banding. sikit sangat amalan kita. tambah kita punya amalan yang selalu ada unsur riya', nak tarik perhatian lagi...
emm, sama sama baiki diri. ^_^
---------------------------------------------
nota kaki:
~gambar atas diambil oleh ustadz muktasyaf. kredit buat ustadz.
~plan shytan itu, aku tahu sebab pergi seminar pembangunan akidah. sebelum ni tak pernah terfikir pun. tapi pergi setengah je. sebab sebelum tu aku tertidur kat bilik. haih buat kali terakhir dalam post ni. =_='
----------------------------------------------
so, ape lagi... terjun lah!!!!!

9 comments:

Unknown said...

na terjun sorangsorang.jangan ajak ana.ngee.kalau ajak makan boleh la.tengah lapar ni.ngee.jom makan.kiki.

faareast said...

peh .. lawa teknik HDR tu...

Uqbah Azam said...

buat asyraf:
jom makan. tapi boleh datang sini ke? haha... xpe. nah amek dia punya bau...fuhhh~

^_^

buat faaris:
ala.ustaz ak tgkap. eh faaris,datang la sini. bawak camera kau.

Sharifah Zahidah said...

Pergh~ Boleh tahan eh.. Creative say.. Good advice indeed. Irresistable ('',)

Uqbah Azam said...

Buat kak sayyaf:
Irresistible?heheh.. Ana beser gne 'xleh blah' ja.. Mcm kasar sket la tp..huhu

En, m0ga ad manfaat..inshaALLAH..^_^

Kujie said...

ye la..dia tak cakap

jangan sembahyang..

dia cuma goda

kejap lagi...kejap lagi...


:)

Uqbah Azam said...

mak cik jie... saya reply sat ag heh komen mak cik tu. hehehe
=P

lebih kurang amcam tu la kan depa hasut... ye kan? ^_^

Anonymous said...

awak ni umur brape ek..perangai sama cam adik kesayangan saya. org dah la tengah rindu kat adik ni...uwaaa

nik uqbah said...

er, waaa... saya dah tua laa:)