Friday, March 27, 2009

keterLUPAan yang diINGATi. sentiasa.

haha.

jangan banyak ketawa. nanti cepat lupa. haha,

ada ke macam tu?

ada ada. hehe.

dah dah. nanti teacher marah lah. haih.

semalam aku ada kelas bahasa inggeris. cikgu dia dah berumur. kalau 70 tahun kira dah berumur kan? kamu semua boleh fikir benda ni nanti kalau kamu dah mencapai umur sebegini. 50 tahun nanti beritahu aku. kalau aku masih hidup lah.

cikgu aku wanita hebat. semua orang cakap macam tu. dia benci c. ronaldo sebab pemain veteran tersebut sangat tidak beradab. katanya. dan dia sangat minat bola sepak. sangat sangat. sampai orang macam aku yang tidak minat bola tiba tiba terpaksa ambil tahu fasal permainan ini. [memandangkan aku lelaki] gara gara tidak mahu kelihatan seperti wanita wanita di kelas yang hampir semuanya tidak minat langsung bola sepak. termangu mangu apabila teacher rancak berbincang tentang perlawanan yang dia tonton malam tadi bersama bibik kesayangan.

ah. apapun aku suka dia mengajar. serius bicara.

er, aku nak cakap apa tadi? ouh ya. keterlupaan. tak lawak kan? tapi kat buku bahasa inggeris yang kami guna masa belajar ada buat lawak ni. maksud aku lawak jenis ni. buat buat tak ingat nak cakap apa. aku tak tahu kenapa aku ketawa besar.

kawan cakap aku nak bodek cikgu. musuh cakap aku memang suka ketawa. er, aku tak kisah. yang penting aku suka tengok teacher senyum sebab ada orang respon lawak dia. tapi memang lawak lah. tapi sekarang tak lawak sangat. sebab aku yang buat. bukan teacher.

lagi satu lawak teacher semalam. dia minta kami teka umur dia.

"26" aku cakap sambil senyum kambing gaya p.ramlee masa kantoi tipu tipu mati.

"hahaha"

wah. betul. aku suka teacher ketawa.

teacher sambung lagi.

"er, dah dah. ok.hari ini kita akan belajar tajuk ini. buka muka surat..... bahagian....[sila isi tempat kosong. jangan malu tanya saya kalau kamu tak tahu muka surat berapa] tajuk, keterlupaan."

*bunyi budak budak dalam kelas menyelak buku* [bayangkan sahaja]

"ok. ada siapa siapa ingat kisah orang yang terlupa yang kamu pernah baca, dengar, atau tahu. atau pengalaman kamu sendiri. boleh kongsi?"

"oh teacher. kami lupa semuanya." sambil ketawa lagi. hahaha.

p/s: dialog sebenar dalam bahasa inggeris. tapi grammar aku tunggang langgang. segan nak tulis kat blog. alasan yang kukuh kata ramlee. sape ni? ntah. aku pun tak kenal. hehe.

9 comments:

+akufobia+ said...

er.malas nak gelak.ngee.

segelasair said...

heee..cute je cite ni..^_~

Ibnurashidi said...

Salam nik..

Apa khabar? pandai ya bergurau guri dengan cikgu..dia tak marahke?

http://ibnurashidi.blogspot.com/2009/03/satu-tinjauan-pemuda-hari-ini-pemimpin.html

nik uqbah said...

buat +akufobia+:
malas itu datangnya dari syaitan kan? haha.

buat segelasair:
er, cerita atau saya? hehe. takdelah. main main sahaja. kamu tahu kan? huhu... haih.=_='

btw, thx comment...^_^

nik uqbah said...

buat ibnurashidi:
fiuh. ya. sangat lama. hehe. jarang orang panggil saya dengan nama 'nik' sahaja.

kecuali kawan rapat saya. kot. dan cikgu kat sekolah.

rasa macam budak baik pulak. hee

er, cikgu tak marah kot saya gurau guri dengan dia. sebab saya takde lah over sangat kan?

+akufobia+ said...

malas nak gelak.takpe la kan.bukan malas buat benda baik.hade.

nik uqbah said...

buat asyraf:
*senyum*

anda betul.hee~

Ashcroftstylus Az said...

=))

nik uqbah said...

haha. bibir berlapis. takpe. semua jenis bibir dialu alukan...hihi