Showing posts with label tazkirah. Show all posts
Showing posts with label tazkirah. Show all posts

Friday, March 5, 2010

sampai syurga^_^

tangannya dipatah-patahkan, kata ibu, jangan buat selalu. tapi dia tidak punya pilihan lain. betapa hatinya benar-benar mahu ice cream seringgit yang suhail sedang pegang .itu sahaja yang dia mampu buat untuk kawal perasaannya. dia jilat bibir perlahan-lahan tanpa sedar. duit seringgit yang ibu beri pagi tadi masa hendak ke sekolah tinggal 20sen sahaja. silap dia juga beriya-iya mahu belanja suhail air sirap tadi. sekarang, suhail dapat beli ice cream dan dia tidak.

ahmed masih budak. umur baru mencecah 8tahun. dia lelaki, tapi langsung tak kuat mengalahkan perempuan.

ahmed masih memandang suhail dengan pandangan simpati. suhail perasan tapi buat-buat tidak nampak. hari panas sangat sampai suhail langsung tak sampai hati nak kongsi ice cream yang dia beli dekat kantin tadi.

"suhail..."

"mak aku cakap tak boleh kongsi nanti ada kuman dekat air liur hang kena dekat aku, nanti sakit"

"aku tak cakap apa-apa pun", kali ni ahmed yakin suhail memang tak nak kongsi ice cream tu dengan dia.

kemudian ahmed pergi dekat makcik kantin,
"cik, nak beli benda tu", sambil tangan menunjuk ke arah ice cream. sama macam suhail baru beli.

"en? duit?"

"nah 20 sen"

"mana cukup"

"tapi saya nak"rengek ahmed " lapar ni, panas pulak tu ='( "

----------

=)

kawan,
hidup kita,
seperti itu kan?

atau mungkin aku sahaja, takpelah :(

hidup sehari-hari kita, kalau tidak dibezakan dengan solat, hampir sama saja dengan ah chong, muthusamy, etc etc. tapi kita, setiap kali selepas solat, kita mohon syurga dari ALLAH. kita harapkan dapat syurga seperti sahabat-sahabat Nabi radiALLAHu anh.

Mereka beli syurga ALLAH itu dengan maki hamun dan batu yang dilontar kepada mereka, dengan darah dan daging yang bertaburan di medan-medan perang fisabilillah, dengan unta dan dinar yang dihadiahkan ke jalan dakwah, dengan isi tubuh yang melekat pada besi-besi panas yang menikam tubuh mereka, dengan jari-jemari yang terputus ditetak tatkala menjulang panji agama. Dan hari ini kita meminta dari ALLAH syurga yang sama tetapi kita nak bayar nak sebuah kehidupan yang murah!

Sedih bukan?

tapi,
alhamdulillah Tuhan itu Maha Pengasih, Maha Penyayang... sebab kita, masuk syurga bukan sebab amalan kita, pahala kita tetapi dengan Rahmat dan kasih sayang ALLAH semata. siapa dapat jamin kita ada pahala banyak kita akan masuk syurga?

cuma perlu ingat, Tuhan tidak akan pernah sekali-kali zalim pada hambanya,

Kami akan memasang timbangan yang tepat pada hari kiamat, maka tiadalah dirugikan seseorang barang sedikitpun. Sekalipun hanya seberat biji sawi, pasti Kami mendatangkan pahalanya. Dan cukuplah Kami yang membuat perhitungan
(QS. Al-Anbiyaa’ ayat 47)

doakan kita semua masuk syurga ya, insyaALLAH
aqulu qauli haza, assalamu'alaikum ^_^

Friday, October 23, 2009

'Fastaqim kama umirta' (11:112)

ayat yang membuatkan rambut Rasulullah s.a.w. beruban! betapa Rasulullah s.a.w. faham yang sememangnya untuk istiqamah adalah satu perkara yang amat-amat berat... moga kita diberi kekuatan. inshaALLAH
p/s: rambut aku macam ada uban sikit. tapi sebab salah pilih minyak rambut la pulak.ish

Wednesday, April 29, 2009

Setiap hari mesti fikir begini. Nasihat buat aku. Dan kau.

untuk periksa kau boleh tidak tidur satu malam. Tapi untuk cari redha ALLAH, kau bangun sekejap sebelum Subuh kenapa tidak boleh eh?

Monday, March 30, 2009

sila terjun. bekas lombong. dalam sikit ja.

gambar ini bukan aku yang ambil. atau tangkap. anda hanya perlu ucap subhanALLAH dan abaikan penulis blog ini. sebab bukan aku yang tangkap. betul. tak tipu.

aku kat sini hanya nak suruh kau orang terjun dalam tasik darul Quran ini. itu sahaja. tak lebih tak kurang. tapi jangan salahkan aku kalau kamu lemas atau mati. atau... ah, fikir lah sendiri.
sebab aku hanya cakap je kan. ada aku tolak? takde. tarik? oh, jangan lah tanya soalan tak masuk akal. kan aku dah beritahu awal awal. aku hanya cakap, terpulang lah kalau korang nak buat.
------------------------------------------------------
wah!!!
------------------------------------------------------
jangan cakap aku macam shytan. tolong.
------------------------------------------------------
aku hanya nak korang sedar bahawa shytan memang kerja dia hasut je. provok sampai kau orang rasa nak buat walaupun korang dah tahu apa bahana kalau korang buat. damn. sila kutuk diri sendiri kalau banyak kali kena tipu. hahaha. dan ketawakan kebodohan diri sendiri juga.

haih. bukan kau orang je selalu kantoi. aku juga. jadi kita sama sama saling mengingati.
fiuh. islamik nya aku hari ni. hehe. segan segan pulak. haha. tak tak. manusia berubah kan. bagus. iman naik dan turun kan? betul. jadi sekarang iman aku mungkin tinggi sikit. sekejap lagi? doakan aku terus kuat. amiin.
------------------------------------------------------
tahu macam mana shytan tipu korang?

aku tulis ikut urutan dari plan A ke plan D. senang cakap macam ni. plan A diorang kantoi, tukar plan B. huhu. ala diorang pun pandai apa. juga tak lemah semangat. haih.

plan...
A- halang buat baik
B- suruh buat ala kadar
C- suruh buat yang terbaik. supaya korang kembang hidung dan riya' atas kejayaan sendiri.
D- melibatkan tahun mendatang. contohnya dulu korang sangat ikhlas derma di jalan ALLAH untuk bina masjid. 10 tahun lepas tu, korang dah banyak orang solat dalam masjid tu. tiba tiba muncul perasaan macam ni,," fiuh. kalau aku tak derma rm10000 untuk bina masjid ni, mesti korang sume tak leh semayang selesa macam ni..." habis semua pahala 10 tahun lepas. haih. naudzubillah.
en, tapi macam yang kau orang semua tahu. kita masuk syurga bukan sebab amalan kita. tapi sebab rahmat ALLAH. kalau nak banding kita punya amalan dengan semua nikmat yang Tuhan beri kat kita. haih. jangan cakap lah. memang tak boleh nak banding. sikit sangat amalan kita. tambah kita punya amalan yang selalu ada unsur riya', nak tarik perhatian lagi...
emm, sama sama baiki diri. ^_^
---------------------------------------------
nota kaki:
~gambar atas diambil oleh ustadz muktasyaf. kredit buat ustadz.
~plan shytan itu, aku tahu sebab pergi seminar pembangunan akidah. sebelum ni tak pernah terfikir pun. tapi pergi setengah je. sebab sebelum tu aku tertidur kat bilik. haih buat kali terakhir dalam post ni. =_='
----------------------------------------------
so, ape lagi... terjun lah!!!!!

Sunday, March 15, 2009

diri sendiri

mula mula rasa mahu berkongsi dengan seorang sahaja dari buku yang saya baca. tapi lebih bagus kalau kongsi beramai ramaikan.

sini ada persoalan:
sanggupkah anda mengahwini diri anda sendiri?

menarik tak soalan ni? rasa macam nak ketawa lak. hehe.

en, senang ja.
-jika kita berjumpa dengan seseorang [iaitu diri kita sendiri] yang mempunyai karakteristik, kelakuan, dan sikap yang kita miliki itu... adakah kita sanggup mengahwininya?-

ni cerita tentang diri kita, kelakuan dan tabiat.

ala kalau nak senang, tanya; sanggup ke saya ambil diri saya sebagai teman?... hmm... saya akan jawab... 'er, mungkin kot. entahlah...' sebab tahu diri sendiri punya kelemahan dan kekurangan.

jadi mesti mesti baiki sampai rasa confident nak jadikan orang semacam kita sebagai teman.

kaedah ini menarik kan untuk kita kenal siapa diri kita sebenarnya?

"demikian itu sebabnya kerana ALLAH sekali kali tidak akan mengubah nikmat yang dianugerahkanNYA kepada sesuatu kaum, kecuali jika mereka mengubah apa yang ada pada diri sendiri. sesungguhnya ALLAH Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui" [al-anfal 8:53]

muhasabah. muhasabah.hee~