baik. tidak perlu fikir.
saya minat menonton cerita dari singapura. bukan semua. hanya yang boleh buat saya ketawa.
tadi. saya tak sengaja menonton cerita NENEKKU SUPERSPY
haha. lawak sangat.
ketika dunia diancam bahana. siapa yang membantu menyelamatkannya? tontoni nenekku superspy...
tu belum lawak lagi.
ni lawak dia.
bos penjahat baru selesai menonton berita. dia meminta ulasan pembantunya tentang berita itu. ah, kamu semua baca sahaja skrip ini.
[semuanya dibaca secara baku ya. barulah realistik. macam orang singapura]
bos : apa yang kau rasa?
pembantu: saya rasa... orang orang kita telah ditangkap bos.
bos : bodoh. saya baru lihat tadi cerita itu pada berita jam lapan. kau beritahu yang aku tidak tahu.
pembantu:oh. mereka ditangkap oleh seorang ejen. saya ada maklumat tentangnya. bla... bla... bla... [ayat skema. siapa minat bukan baca panjang panjang]
t.a.m.m.a.t
tidak kelakar ke? alahai. nampak sangat taste kita semua lain lain. kamu pasti lebih sukakan senario. saya juga sukalah. tapi zaman saya masih tidak malu menangis di depan kaca televisyen menonton cekekarama.
eh eh. ini ada cerita baru. ia agak serius. dan tolong jangan cakap ada keluar pada berita jam 8. haha.[lawak dipetik dari cerita nenekku superspy]
jemputlah tengok ramai ramai. ini bukan promosi hpa. jadi kamu semua mesti buat reminder pada handphone masing masing.Menurut Agensi Angkasa Negara (Angkasa), gerhana matahari Anulus akan berlaku
pada 26 Januari 2009 selama 3 jam 46 minit
bermula
jam 4.30 petang,
Gerhana matahari berlaku apabila
bulan
yang sedang dalam perjalanannya mengelilingi bumi lalu bersetentangan
dengan
bumi dan matahari,dan bayangnya terkena pada permukaan bumi, maka
terjadilah
gerhana. Gerhana matahari hanya dapat berlaku ketika bulan baru,
kerana pada
masa itu bulan berada di sebelah bumi menghadap matahari.
Gerhana
Anulus pula merupakan sejenis gerhana penuh di mana satu lingkaran halus
dapat
diperhatikan di sekeliling objek tersebut.
Maklumat lanjut mengenai
fenomena
gerhana matahari, sila klik [ sini ]
matahariku. haha. saya tak minatlah agnes monica.
alakullihaal, wALLAHua'lam
p/s: jangan lupa sebut subhanALLAH dan buat solat sunat gerhana... ok.