Showing posts with label diari. Show all posts
Showing posts with label diari. Show all posts

Saturday, October 24, 2009

dunia.akhirat [dekat sangat]

“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka, yang bahan bakarnya dari manusia dan batu, penjaganya malaikat yang kasar, keras, lagi tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan”.(At-Tahrim: 6)

“Ketahuilah, bahwasanya kehidupan dunia hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanaman-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan akhirat (nanti) ada adzab yang keras dan ampunan dari Allah serta keridhaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu”.(Al-Hadid: 20)

sem 1, aku rasa sangat sibuk sampai rasa seluruh masa tertumpu hanya untuk belajar belajar dan belajar. dan juga tidur tidur dan tidur. mungkin hasil di dunia aku boleh dapat inshaALLAH, kalau aku berusaha. tapi, bagaimana dengan akhirat?

dan, alhamdulillah aku ada kawan yang sentiasa nasihat aku.
bila dia wish malam periksa,
'semoga kejayaan anda akan membantu usaha dakwah'

baru aku sedar,
mungkin selama ni aku fikir dekat sangat.
dapat result best dah lah.
asal mak bapak aku gembira
ye. aku tak mungkin dapat balas jasa.
sangat banyak.kan.
tapi itulah apa lagi yang aku boleh beri?
ini jelah.
tak susahkan hati mereka

tapi macamane dengan akhirat aku?
aku mati jap lagi ke...
macamane keadaan aku?

bila dunia kata pergi
kubur kata mari
aku boleh kata; jap jap???

tahupun.
makanya, aku berharap usaha aku
untuk menimba ilmu ini
dikira sebagai ibadah
sebagai jihad di jalan Tuhan

dan
semoga kejayaan aku akan dapat membantu usaha dakwah
secara langsung
atau tidak.

sem 2 buat yang terbaik

inshaALLAH =)
kau doakan tau. aku doakan jugak kalian sume. Rabbuna yusahhil inshaALLAH^_^


Tuesday, October 13, 2009

2


hari itu. dah lama dah.

masa tu aku terpengaruh sangat dengan cerita spongebob.

aku tulis surat dan letak dalam botol. aku tulis bahasa melayu.

'hai, kawan, bila bila kau jumpa surat ini. aku harap kau baca tau. tak faham kamus ada. ini aku tulis dalam bahasa Malaysia. tahu Malaysia, yang ada menara berkembar tu. ha, yang tu lah. tak tahu, beri surat ini pada orang lain. pastu kan, lepas baca balas. jangan tak balas. aku ada harta karun. kalau kau nak kita boleh kongsi. mama aku cakap berkongsi boleh tambah berkat. mak kau ada cakap? haa. ingat tau. reply tau. baling aje kat laut ni. nanti sampai lah kat aku. senyum.

ikhlas,
nik'

lepas baling, botol tu datang balik kat aku. bukan dia takut, tapi ombak tu yang buat dia patah balik. ingat nak baling lagi sekali. tapi tak jadi... kang hantu laut yang jumpa siapa susah? captain jack sparrow boleh lagi.ish.

hari yang sama.sampai bila aku akan ada dalam ni.
12september2024

1

'la tahzan. innALLAHamaana'

Itu kalimat yang selalu aku dengar dari arwah papa. Masa itu umur aku 7 tahun. Masa itu aku belum kenal erti hidup. Aku selalu dengar papa dan mama marah-marah dengan Israel.

‘bangsat’

Ya. Kalimah itu yang aku selalu dengar dari mulut mereka apabila bercakap tentang israel. Dan hati aku kini sudah sebati.

‘israel bangsat!’

12 september 2021

Genap 3 tahun lepas, masa aku sedang belajar dalam darjah 1, masa miss tan sedang ajar aku bahasa Inggeris, aku terdengar orang menjerit jerit dari luar.

‘masanya dah sampai. Masanya dah sampai.’ Miss tan terduduk.

Keadaan kelam kabut. Kami semua menyorok bawah meja. Kami takut. Aku pegang tangan Rahman kuat-kuat tidak mahu lepas. Rahman menangis. Aku hentak tangan dia keras pada lantai.

‘diam-diam.’

Aku masih terlalu muda untuk menenangkan Rahman. Dan Rahman terlalu muda untuk menghadapi semua ini.

Saat itu, aku lihat ada seorang berpakaian tentera masuk ke dalam kelas kami. Orang itu tarik rambut miss Tan. Miss Tan jerit. Kami semua menangis. Suasana jadi sangat kelam. Seolah tiada lagi mentari untuk kami.

‘whosoever in this class can speak English?!’

‘mme…me…’ miss Tan menjawab.

Orang itu keluar dan berbisik kepada rakannya. Kedua-duanya bermuka putih seperti yang aku selalu lihat dalam tv. Aku lihat perlahan- lahan dari tingkap. Ada 15 orang semuanya. Semua memegang senapang.

Senapang mereka tidak sama dengan yang aku selalu main dalam conter-strike. Apapun, aku yakin bila-bila masa sahaja aku boleh terbunuh andai ditembak. Rahman yang sedari tadi melihat aku dengan pandangan yang paling sayu kini sama-sama terjongkit untuk melihat ke luar tingkap.

‘mati sakit tak, nik?’

‘kalau mati kita masuk syurga’

Dia diam. Aku kira dia sedang berkira-kira untuk mati. Dulu dia pernah cakap ibu dan bapanya mati tersenyum. Dan itu yang selalu dia beritahu pada kami.

‘tokwan cakap, kalau mati senyum masuk syurga.’ Rahman tersengih. Manis.

Aku angguk. Aku takut sangat. Pagi tadi aku gaduh dengan mama.

‘tell all your students to get into the truck now!’

Lamunan aku termati.

Miss Tan tersentak.

‘now!’ orang itu menghentak meja sampai jatuh.

Kami semua menjerit. Rahman menangis semula.

Miss Tan pergi ke arah kami dan menyuruh kami keluar dan naik trak. Aku lihat banat semuanya menggeleng.

‘dengar sini. Kita tiada jalan lain.kamu takut.cikgu pun takut. Tapi buat masa ini, just ikut apa yang mereka mahu. Fatimah, suruh kawan-kawan kamu naik trak cepat!’

Fatimah, ummi dia dulu sama sekolah dengan papa. Dia ketua kelas sebab dia garang. Rahman cakap, dia suka Fatimah tapi dia tak tahu malu nangis depan Fatimah.

Aku tersenyum.

‘nik, suruh Rahman keluar sekarang!’

‘antilah!’

‘mengarut!’

Rahman tersengih. Aku tahu dia suka dengar Fatimah marah. Katanya macam burung kakak tua.

‘cepat jangan main-main. Miss Tan mula bersuara. Keriangan tadi terhenti. Perlahan-lahan kami keluar. Aku sempat berpusing ke belakang. Aku lihat miss Tan masih duduk di situ. Di tempat dia duduk masa mengajar kami. 30 minit yang lalu. Dia teresak esak. Mukanya diletakkan di atas meja.

Aku tidak sampai hati. Aku tarik tangan miss Tan. Dia menoleh. Dia lihat mata aku dalam-dalam.

‘dengar sini. Miss nak kamu pergi dengan kawan-kawan kamu. Miss ada kerja di sini.’

Lama aku pandang dia. Aku tahu dia menipu. Matanya bergerak ke kiri tadi. Aku tahu benar.

Miss tan buat muka garang dan aku jadi takut. Aku lari keluar. Dan itu kali terakhir aku lihat miss Tan. Tiada lagi selepas itu. Dan aku dengar dia sudah terbunuh.

Maaf.nampaknya sebentar lagi masa untuk kami menjalankan kerja berat. Nanti aku sambung lagi. hari lahir arwah papa lagi 12 hari.

Nik,

12 september 2024