Showing posts with label cerita. Show all posts
Showing posts with label cerita. Show all posts

Tuesday, November 17, 2009

biasa

Remi sedang berlari anak. Tapi laju. Iyelah. Dulu dia menang lumba lari.

Ramlah kejar.

Remi cemas. “boleh tahan juga minah ni” kata dia dalam hati.

Ramlah sudah mengah. Tapi dia tetap kejar.

Orang ramai hanya memandang.
Ramlah jerit” lain kali kalau kau orang punya barang kena ragut, jangan harap aku tolong!”

Orang ramai tadi terdiam. Cuba mengamati setiap bait kata Ramlah tadi.

“ini kl la cik kak!!”balas salah seorang,”kuala lumpur!”

Kemudian keadaan kembali seperti biasa.

Saturday, October 10, 2009

cuti

'eh eh, bosanlah. kau buat ape je cuti ni?'

'entahlah.main game kot'

'tak study?'

'gile ke.'

Friday, March 13, 2009

depan.belakang.

ini bukan entri untuk buat aku nampak jahat. dan kau kelihatan seperti baik. atau apa apa sangkaan terhadap diri aku mahupun diri kau.

tajuk entri: melihat perempuan yang boleh dikahwini sebanyak 2kali adalah dosa kan? kau tahu kan yang tentang kalau lelaki lihat wanita buat kali pertama itu rezeki. lepas itu kena tundukkan pandangan. sebab yang kedua itu tidak boleh. benda tulah.

tajuk yang panjang. sebab itu aku tidak buat sebagai tajuk utama. tapi tidak rumit. aku harap begitu.

aku kagum kalau ada orang boleh sound direct kalau nampak kawan dia lihat perempuan sekali. kemudian tundukkan muka sebab malu. lepas tu, bila orang ramai tak perasan, lihat lagi sekali. lama.

abaikan skrip ini, "aku lihat sekali jaa. tak kisah la lama atau tak. yang pertama rezeki bukan?"

************************

cuma aku rasa macam hairan. tajuk tu hanya boleh aplikasi pada alam realiti sahajakah? maksud aku kalau melihat perempuan dalam bentuk digital. itu bagaimana?

haih~

baru baru ini. [aku masih di rumah sekarang ini, jadi kalau setiap post aku ada kaitan dengan keluarga... kau mesti faham] mak aku. er, dia seorang muslimah yang baik.

waktu itu aku sedang menonton drama korea. mata tak berkelip. mak aku perasan. dia tanya.

kenapa tak suka cerita melayu?

*diam*

cerita inggeris tak minat?

*geleng geleng*
banyak la tak senonoh. erk.

kenapa korea?

baik sikit kot. macam drama jepun gak.

uqbah tau aurat perempuan kat mana?

*diam*
*malu*
*rasa macam... macam...*
[kau dapat rasa bukan? kalau kawan kau lihat muka perempuan lama lama kau nak tegur dia depan depan. padahal yang kau tengok dekat drama drama atau siaran televisyen tu bukan setakat muka bukan?

haih.haih.
waktu itu aku banyak mengeluh. aku memang tiada jawapan.

uqbah kena jaga benda benda ni. hafal Quran kan.

Lepas itu mak aku pergi. esoknya, dia buat macam tiada apa berlaku sebab aku masih menonton cerita yang sama sebab belum habis. haih.