Bismillah
Assalamu'alaikum.
Hari ini 11 April 2015.
Dalam 6 bulan ke belakang, terlalu banyak perkara yang berlaku. Ianya bagai dalam suatu panggung wayang, dan aku melihat semuanya berlaku di depan mata. Dari sekecil-kecil perkara hingga sebesar-besarnya. Dari yang dijangka hingga yang tidak dijangka. Dari yang berkaitan hal yang paling jauh dari kita hingga yang paling dekat dengan kita. Dari yang paling sedih hingga yang paling bahagia. Dari yang paling dibenci hingga yang paling kita suka. Dari yang sekejap hingga yang ke lama. Dari yang kita tidak percaya hingga yang kita percaya. Dari yang susah hingga semudahnya. Dari fantasi hingga realiti. Dari benci hingga cinta. Dari aku hingga dia.
Bukan cerita tentang cinta.
Tapi tentang kehidupan.
Ada yang diuji berat. INGIN bangun semula.
Ada yang diuji berat. MAHU jatuh lama.
Ada yang diuji ringan. TIDAK mahu bangun semula.
Ada yang diuji ringan. TERUS ingat pada Pencipta.
Cerita yang berlaku. Adalah difahami oleh kita sahaja. Tentang remuk rasa hati. Tentang galaunya perasaan. Tentang betapa kita tidak punya kuasa untuk satu saat pun kehidupan, tentang satu perkara pun kejadian, sungguh kita tidak pernah punya kuasa.
Dan yang terlemah dalam mengetahui apa yang terjadi satu saat nanti adalah kita.
Ciptaan terbaik Tuhan, tapi tidak punya kuasa yang satu ini.
Siapa sangka telah berlari boleh tersungkur.
Siapa sangka telah berdiri boleh terjatuh.
Siapa sangka sedang tidur boleh mati?
Pada umur yang ke dua puluh lima.
Aku melihat dan merasai semuanya.
Pada takat yang Tuhan tahu aku mampu sahaja. Alhamdulillah.
Kerana untuk yang lebih berat dan dahsyat lagi,
adalah luar upaya ku.
Benar janji Tuhan.
dan janji Tuhan lagi,
dalam setiap kesukaran pasti akan ada kesenangan.
dan aku yakin, akan kepastian janji Tuhan.
Selamanya berjuang.
Selamanya hamba Tuhan.
InsyaAllah. Khair semuanya. InsyaAllah.
Uqbah Azam
1432
Johor Bahru
3 comments:
genkide ne
apa khabar seorang Uqbah sekarang?
Semoga bisnesnya dipermudahkan ya.
Teruskan menulis...
Post a Comment