Tuesday, July 22, 2014

Assalamu'alaikum.

24 tahun. Setiap kali masuk bulan Ramadan, ianya merupakan masa untuk aku menilai balik, suatu yang dipanggil kehidupan.

Masa berlalu begitu cepat. Dan tempat ini, adalah tempat untuk aku sedar betapa pantasnya masa berlalu. Ianya buat aku rasa sebak. Tuhan telah memberi terlalu banyak nikmat dan kesempatan. Aku sungguh bersyukur di atas segala kurniannya.

Terbaru, aku sudah memperoleh degree di dalam bidang kejuruteraan. Alhamdulillah. Namun begitu, masih belum berkahwin (hehe). Tidak mengapa, sebab bukan itupun yang utama. Ada cita-cita yang lebih besar lagi daripada itu. Semoga Ramadan yang akan datang menyaksikan fasa yang lebih besar yang dapat aku capai insyaAllah.

Semoga dengan baki-baki Ramadan yang hampir berlabuh ini, kita dapat ambil sebanyak mungkin mutiara yang terkandung di dalamnya insyaAllah.

InsyaAllah. Semoga Allah permudahkan dan beri kekuatan.

Will always work hard to achieve success, dunya wal akhirah,
Uqbah.


3 comments:

aisya zainal said...

Update tentang proses mencipta kejayaan.
Inspire others!

Nurul said...

Dah grad dah rupanya.. Congrates..semoga terus success :)

aisyah insyirah said...

all the best uqbah dan tahniah!