Saturday, July 13, 2013

Assalamu'alaikum wbt.

Ramadan datang lagi, untuk kali yang ke 23 dalam hidup aku. Alhamdulillah, aku bersyukur.

Aku sejak kebelakangan ini, seperti sudah hilang kata-kata untuk dituliskan. Entah kenapa. Aku tiba-tiba lebih suka dengan gambar. Sebab ianya membawa seribu satu cerita. Tidak terkurang.

Mungkin itu sebabnya. Sebab aku merasa bahawa kata-kata aku tak pernah mampu untuk bercerita tentang sejuta warna yang ada pada sekeping gambar. Tidak mampu menghurai kisah yang tersirat di sebalik lensa kamera.

Sememangnya realiti itu kadang-kadang sifatnya menyakitkan.

Dan untuk kawan-kawan semua, yang dari dahulu sehingga sekarang ini, selamat menunaikan ibadah puasa. Puasalah dengan sebenar-benar puasa.

Semoga Allah merahmati kita, sepanjang masa, selama-lamanya.

InsyaAllah.

Uqbah.

No comments: