Saturday, July 2, 2011

sakit

aku... demam menulis. agaknya.

sekejap lagi, bila demam ini kebah, ada dua perkara sahaja yang aku jangka akan berlaku.
sama ada terus menulis,
atau berhenti.

bila terus, juga ada dua pilihan yang sama, terus atau berhenti.
bila berhenti, juga ada dua pilihan.

sesungguhnya hidup ini memang sentiasa ada pilihan. kadang-kadang kita pilih benda yang betul, betul juga pada masanya. kadang-kadang kita betul dalam memilih, cuma waktu dan keadaannya tidak begitu benar. lebih patetik, salah memilih dan salah waktunya.

semakin kita besar, kita akan berhadapan dengan pilihan yang kita kira akan mengubah haluan yang kita siapkan sejak masih kecil hingusan lagi. ataupun, menguatkan lagi haluan yang kita impikan. kata orang cina dahulu kala, menyimpang seinci rugi seribu tahun.

aku dahulunya percaya ada satu jalan yang seharusnya menjadi laluanku kini tidak lagi. bukan kerana gunung berapi berasap-asap, jalan-jalan raya tidak berturap, pemimpin-pemimpin semakin korup(?) ah bikin aku gelak pula malam-malam ni, tetapi kerana aku telah memilih untuk tidak lagi hidup berdasarkan peta dan gambaran yang diberikan kampung sinaran, tempat aku membesar.

ternyata tempat dan persekitaran kita akan menentukan gaya kita berfikir dan seandainya kita ini sememangnya orang yang bertindak berdasarkan akal fikiran, maka tindakan kita juga adalah pengaruh daripada apa yang kita nampak, kita rasa, dan kita terima daripada persekitaran.

lantas, tidak banyak beda kita daripada orang-orang lain di kawasan berdekatan kita, satu taman, satu daerah, satu negara (dan, lagi sekali) ,satu malaysia. anak mak limah jadi doktor, engkau pun jadi. anak pak samad jadi akauntan, kau pun mahu jadi juga. anak kak kiah yang paling tua dengarnya ambil sains aktuari, puan seri di hujung kampung terdengar lalu dibisik ke telinga suaminya, "abang, nanti akasyah daniell souffy ini kita suruh dia ambil sains aktuari, iya?bila habis spm nanti?"

peta-peta yang sama. tiada suspens yang anak remaja perlu hadapi untuk belajar intisari hidup dengan cara yang begitu unik sekali. tidak perlu meredah labyrinth-labyrinth yang menyesakkan sekaligus memberi gambaran kehidupan sebenar yang akan mereka lalui kelak. semuanya seakan-akan berhadapan dengan tekanan yang sama. sebagai pelajar, halangan dan cabaran boleh dinamakan seperti, periksa, duit, pensyarah dan kawan-kawan.

terlalu sedikit yang memilih kompas sebagai alat untuk meneruskan kehidupan, mengambil jalan yang less traveled by yang sepastinya memberikan kejutan-kejutan yang tidak pernah terjangka, yang mengajar sesuatu yang tidak pernah diajar di kelas-kelas dan kuliah, dan seterusnya melakar peta baru untuk anak-anak muda generasi mendatang.

bergegar-gegar dengarnya.

dan aku,
aku ambil engineering. tipikal anak lelaki.

sekejap aku cuba ambil kompas dan buang peta. dan sungguh aku tidak berani.

tetapi sekurang-kurangnya aku tetap menggunakan kompas walaupun sekali-sekala menjeling ke arah peta orang-orang sebelumku. untuk dibuat rujukan kata orang. hehe.

ahh demamnya.

4 comments:

aisya zainal said...

dunia remaja sekarang disukarkan dengan peperiksaan.
sampai tak nampak erti kehidupan.

tapi, engineer muslim yg soleh bukan satu perkara yg tipikal. selamat berjaya sungguh2.

cahaya said...

harap-harap demamnya lambat kebah!

dikjordan said...

setuju dgn cahaya!! hehe

Uqbah Azam said...

terima kasih semua