sekarang ada yang terasa dirinya sebagai sampah dan merasa ingin marah pula. salah aku juga awal-awal terlepas cakap. benarlah kata orang, terlajak perahu masih boleh berundur lagi, terlajak kata hilang percaya. namun, di dalam dunia ini, aku percaya bahawa kata-kata yang terlanjur tetap boleh diperbetulkan tanpa menyakitkan hati sesiapa. kau sampah! aku beritahu. lalu sebagai contoh aku betulkan kembali dengan mengatakan, kita semua juga adalah sampah. kita sampah kerana kita tidak berlapang dada untuk menerima kritikan. kita akan jadi sampah bila kita tidak mahu ambil tahu, mengapa orang mengatakan kita sedemikian rupa. bahkan kita akan kekal sebagai sampah-sarap kalau tidak mahu mengabil inisiatif untuk menangani masalah yang telah dikhabarkan, yang menjadi punca kita dipanggil sampah!
sekarang marah lagi aku panggil kau sampah?
janganlah.
berbalik kepada cerita sampah tadi, aku ingin menghuraikan ciri-ciri sampah di dalam fesbuk yang begitu berleluasa di alam maya serba biru dan merahnya notifications, messages, friend request(s); kalau-kalau ada yang request(?). namun begitu pertama-tamanya, aku ingin memberitahu apa yang dimaksudkan dengan butang share yang kita selalu lihat di dada-dada dinding fesbuk.
pernah tak masa dekat sekolah dahulu, bermain-main dengan mikrofon surau sekolah? rasanya begini, bila kawan pass dekat kau mikrofon suruh buat pengumuman, kau akan pass dekat kawan kau yang lagi sebelah kalau masa tu ada 3 orang keliling mikrofon. kalau ada 4 orang, yang keempat tu pun akan rasa pegang microfone sekejap kemudian mikrofon akan kembali ke tangan orang nombor 1. kau akan dengar orang nombor satu cakap, "eh kaulah..." dan kau dan member-member lain akan beri galakan padu kepada nombor satu "rilek je. takde ape-ape" padahal kau pun masa tu tengah gelabah tak terkata juga.
"assalamu'alaikum... testing...one two three... testing..." terketar-ketar orang nombor satu nak cakap padahal bendanya memang penting. tak true sangat kalau kalau gagap begitu rupa. "kenapa gugup tu?" kau akan tanya orang sebelah, lalu dibalas pendek orang sebelah, "first time" . orang nombor satu tadi pulak bercakap di dalam hati, yang betapa gemuruhnya dia, sebab satu sekolah akan dengar, dan bertambah gemuruh beserta guruh petir dan banjir kilat kalau-kalau siti sarah, kekasih hatinya yang diminati diam-diam itu terdengar.
dan sebetulnya, di fesbuk pun sebegitu juga. dan sesungguhnya bukan sekadar satu sekolah yang akan dengar, boleh jadi satu taman, satu universiti, satu negeri, satu negara, satu dunia, bahkan satu malaysia! :)
lebih lucu, bila apa yang diberitahu dunia, "MeNGanTukLarH.. NaK UaT aPeW... aDeW cDaNgaN??"
ataupun yang lebih sarkastik lagi, "geramnya aku... ***************************************************" pergi beritahu masalah suami, isteri, adik-beradik, guru, kawan, atuk sebelah mak, atuk sebelah ayah dan sesiapa sahaja yang 2minit selepas itu, kau rasa sungguh menyesal kerana memalukan orang-orang yang sepatutnya engkau lindungi maruahnya. (ada juga yang tak rasa apa-apa dan aku pelik benar)
sedangkan benda sebegini merupakan peluang untuk kita menambah pahala kita yang tidak seberapa ini. sebenarnya, bercerita tentang hal peribadi pun, seperti "aku nak pergi ke kedai pak abu" bagi aku tidaklah rasa meluat sangat. mana tahu, ada kawan yang ingin pergi juga. mana tahu, kerana pergi bersama boleh mengeratkan silaturrahmi antara kita. apa-apalah. jangan begitu naif, kawan. jangan terlalu kecil fikirannya. cuma ada tatacara dan aturan yang perlu dijaga. peace!
2 comments:
like this post. ;)
thank you!
Post a Comment