Saturday, May 1, 2010

escapism.

malam itu aku habiskan dengan seluruh ruang nafas yang aku kira bermakna untuk aku terus hidup.

aku labuhkan duduk, di kerusi hujung belakang tiang penghadang pandangan aku dan manusia sekitarnya, sejauh tiang sahaja batasan mata melihat, mengharap, aku akan lebih fokus hendakNya. lalu menunduk memberikan satu dimensi baru untuk aku belajar, mungkin lebih senang, berlatih. ia makin kuat, makin padu bila kau banyak berlatih. trust me, mate.

yang sejujurnya aku mahu space. yang diteriakkan oleh orang-orang umum di luar sana, kebebasan ruang. maka definisi ruang bagi aku,aku rasa tidak jauh beza dengan apa yang dipinta orang ordinari, bahkan sama mungkin. polos hati aku tak menipu, itu saja yang aku pinta.

tapi itu yang biasa dilenyapkan oleh bisikan-bisikan palsu, sumpah aku cakap. seperti tidak mahu, orang-orang itu membaca dan menafsir bukan-bukan terhadap diri kau, aku sedar, ini yang paling aku lemah.

dan, aku ingat mahu cari tempat lain, aku mahu ruang, aku mahu kebebasan untuk aku berfikir tanpa ada orang yang menafsir aku dan seterusnya setiap bait kata yang aku tulis. autoriti terletak pada idea dan penulisan aku adalah hasilnya, (aku tak langsung cakap agama nombor 2 dan aku tahu itu, ya) dan bukan diri aku.

aku dah cuba. tapi rasa hipokrit, nanti lah aku fikir lagi. sampai bila mahu lari.