hari ini lepas subuh, lepas baca Quran dengan cepat-cepat sambil jaga tajwid, dia terus ambil kasut.
.hari masih gelap detik perlahan dalam hati. tangan dikibas-kibas menghalau nyamuk. ayam berkokok kali keberapa pun dia tidak pasti. oh ya, yang dia yakin, hari ini masih belum kena leter dengan mak. baguslah, makin baik agaknya aku ni, bangga sendiri.
"mak, kasut dekat mana?"
"bukan mak yang pakai kasut kamu, cuba tanya diri kamu, mane kamu letak barang kamu. bersepah sana sini. ha, ni stokin bawah tong sampah dari kelmarin tak bergalih."
oh my, baru bangga dah spoil.
"mak, tu kucing yang gigit then she brought it there, saya dah letak dekat bakul kotor. eh tak, saya dah simpan bawah katil lepas pakai."
"menjawab pulak, betul la tu, eh, nak ke mana ni?" kata mak syamil, "mahu menebas eh?"
"haha, amboi membodek nak suruh la tu"
emaknya tergelak perlahan, anak aku ni.
lepas jumpa kasut yang memang mak dia yang simpan, syamil turun ke bawah. sambil mengucapkan bismillah, dia meregangkan badan. adoi. lama betul tak merasa nikmat pagi macam ni. regangan yang bermula dari kepala, (yang asalnya syamil terbuat dari kaki sebab dah lama tak eksersais, bak kata orang putih) kini sudah sampai ke pinggang. nice, dah keluar peluh.
"hahaha"
tiba-tiba dia ketawa.
"kamu kenapa ketawa sorang-sorang tu syamil?? ingat marka ka?" emaknya yang sedang bersiap mahu join venture syamil bersenam melaung dari jauh, kalau boleh nak jiran dengar agaknya. haha.
"orang tengah layan jiwang la" sambil senyum segaris, "mak ni ada je"
dan sebenarnya dia teringat cikgu dia dekat sekolah yang gemok gedempol kata orang tengah buat tarian hulla hup guna yang gelang besar pastu pusing dekat pinggang. how sweet. darjah tiga punya kenangan yang dia tak boleh lupa.
---
cis, dah lari jalan cerita.
bersambung je lah.