Sunday, April 4, 2010

hijrah

kita ini telah lama dibuai mimpi,
kita rasa kita sangat selesa,
kita tidak perlu fikir apa-apa,
kita hanya ingin jadi biasa,
biasa untuk semua.

---

meniti hari yang mendatang dengan pemikiran seperti ini, langsung tidak akan mendatangkan kemajuan buat kita. bahkan, langsung-langsung tidak akan mendatangkan manfaat buat ummat. hari ini, kita dipaparkan dengan kisah pembuangan bayi yang berleluasa, hari esok, mungkin kisah pembunuhan ibu-ibu bayi pula? gara-gara maksiat itu dilalakukan orang yang beragama yang kemudiannya berasa amat takut diketahui orang lain. masih ingat kisah seorang abid yang ditipu syaitan? berzina dan membunuh wanita yang dizinanya, yang akhirnya melutut pada syaitan pada hujung nyawa. naudzubillah. maka, dengan itu, dengan rasa tanggungjawab, saya ingin menyeru semua agar bangkit.

kita orang islam. kita tidak boleh lemah. kita kasihan dengan nasib bayi yang dibunuh, kita juga kasihan dengan nasib manusia-insan yang lahirnya seperti kita, fitrah, suci, bersih. tapi matinya tidak lagi begitu. kita kasihan juga dengan diri kita andai kelak di akhirat ditanya Tuhan apa yang telah kita lakukan untuk umat Islam, untuk umat manusia. mahu jawab apa?

teringat saya pada kata-kata assyahid imam Hasan Al-Banna, yang mengatakan impiannya adalah untuk membahagiakan semua umat manusia. apa itu bahagia? dan apa makna bahagia andai bahagia itu tidak kekal, di sini, Hasan Al-Banna memaksudkan kebahagiaan yang kekal, tanpa penghujung, selamanya... iaitu apabila kita semua terpilih untuk memasuki syurga ALLAH. maka mari kita sama-sama berusaha menyeru rakan-rakan kita untuk sama-sama berusaha memperbaiki diri masing-masing untuk berhijrah ke arah yang lebih baik.

insyaALLAH.

3 comments:

FahmiAA~ said...

salam.. yay!
sekian lama blog ni x de komen..
First count firs serve..

~me always follow this blog..~

Uqbah Azam said...

hehe fahmi biasa memang ada, tapi ana kasi 30min je, lepas tu memang akan disable komen =)

o yieh? thanks, ur kembaraulung pun i selalu usha jugak! ^^

Unknown said...

hoo.30 minit je.kenapa.lalala.