Friday, March 5, 2010

sampai syurga^_^

tangannya dipatah-patahkan, kata ibu, jangan buat selalu. tapi dia tidak punya pilihan lain. betapa hatinya benar-benar mahu ice cream seringgit yang suhail sedang pegang .itu sahaja yang dia mampu buat untuk kawal perasaannya. dia jilat bibir perlahan-lahan tanpa sedar. duit seringgit yang ibu beri pagi tadi masa hendak ke sekolah tinggal 20sen sahaja. silap dia juga beriya-iya mahu belanja suhail air sirap tadi. sekarang, suhail dapat beli ice cream dan dia tidak.

ahmed masih budak. umur baru mencecah 8tahun. dia lelaki, tapi langsung tak kuat mengalahkan perempuan.

ahmed masih memandang suhail dengan pandangan simpati. suhail perasan tapi buat-buat tidak nampak. hari panas sangat sampai suhail langsung tak sampai hati nak kongsi ice cream yang dia beli dekat kantin tadi.

"suhail..."

"mak aku cakap tak boleh kongsi nanti ada kuman dekat air liur hang kena dekat aku, nanti sakit"

"aku tak cakap apa-apa pun", kali ni ahmed yakin suhail memang tak nak kongsi ice cream tu dengan dia.

kemudian ahmed pergi dekat makcik kantin,
"cik, nak beli benda tu", sambil tangan menunjuk ke arah ice cream. sama macam suhail baru beli.

"en? duit?"

"nah 20 sen"

"mana cukup"

"tapi saya nak"rengek ahmed " lapar ni, panas pulak tu ='( "

----------

=)

kawan,
hidup kita,
seperti itu kan?

atau mungkin aku sahaja, takpelah :(

hidup sehari-hari kita, kalau tidak dibezakan dengan solat, hampir sama saja dengan ah chong, muthusamy, etc etc. tapi kita, setiap kali selepas solat, kita mohon syurga dari ALLAH. kita harapkan dapat syurga seperti sahabat-sahabat Nabi radiALLAHu anh.

Mereka beli syurga ALLAH itu dengan maki hamun dan batu yang dilontar kepada mereka, dengan darah dan daging yang bertaburan di medan-medan perang fisabilillah, dengan unta dan dinar yang dihadiahkan ke jalan dakwah, dengan isi tubuh yang melekat pada besi-besi panas yang menikam tubuh mereka, dengan jari-jemari yang terputus ditetak tatkala menjulang panji agama. Dan hari ini kita meminta dari ALLAH syurga yang sama tetapi kita nak bayar nak sebuah kehidupan yang murah!

Sedih bukan?

tapi,
alhamdulillah Tuhan itu Maha Pengasih, Maha Penyayang... sebab kita, masuk syurga bukan sebab amalan kita, pahala kita tetapi dengan Rahmat dan kasih sayang ALLAH semata. siapa dapat jamin kita ada pahala banyak kita akan masuk syurga?

cuma perlu ingat, Tuhan tidak akan pernah sekali-kali zalim pada hambanya,

Kami akan memasang timbangan yang tepat pada hari kiamat, maka tiadalah dirugikan seseorang barang sedikitpun. Sekalipun hanya seberat biji sawi, pasti Kami mendatangkan pahalanya. Dan cukuplah Kami yang membuat perhitungan
(QS. Al-Anbiyaa’ ayat 47)

doakan kita semua masuk syurga ya, insyaALLAH
aqulu qauli haza, assalamu'alaikum ^_^

10 comments:

ameen said...

ameen ya Rabb...mmm..xpatut suhail buat mcm tu pd ahmed..tapi itulah realiti..bila tarbiyah xmantap..ukhwah fail...nk salamatusshodri pon payah..inikan pula ithar...padahal ahmed dh belanja dia td...

rahmat Allah....moga kita semua dapat bertemu dengannya dalam keadaan kita redha dan Allah meredhai....ameen...

en...dah makin matang kot...

afiq kot said...

Sedih tol..

Uqbah Azam said...

naa... afiq touchg lah :)

to ameen:
ameen...
tentang cerita tu,
keadaan memaksa, dan masih budak lagi... kita pun dulu terbiasa macam tu. kongsi bila dah taknak... maksud aku masa kecik2 dulu... haha, kalau tengah lapar, tamak bukan main :)

it's narrated in qudsi,really for those who is happy to see Him then He's happy to see them

matang? yaya, otw ^^

Unknown said...

haha.kecilkecil.besarbesar?

dewdrop said...

salam 'alaika

kalau iman xbrp kuat ttba ja
kau bt apa?

soalan xmatang,tp ak nak tnya jgk

**adornment dgn tabarruj; sma tak maksud?

sorry soalan mcm xmtg jgk
asyik nmpak pkataan tu; MATANG

ameen said...

to uqbah:yaya..is that a name of a human or u are telling me...'yes..yes...'??

to dewdrop:kenapakah??anda tidak matangkah?ayat itu hanya untuk uqbah..yg lain jgn terasa pula..

Uqbah Azam said...

to dewdrop:
aku tak pasti. biasa kalah. so, bukan orang yang terbaik untuk kau tanya :(

tentang adornment, aku cadangkan kau bukak website ni--->
http://fiqh-am.blogspot.com/2009/07/hukum-hakam-tentang-perhiasan.html
sebab as time goes on, mungkin ada banyak lagi persoalan lain. dia terang banyak, dan senang nak faham insyaALLAH

persoalan matang tu, aku dah tak nak cakap. dengar pun rasa loya dah . haha. nanti sampai masa, jadilah :) tak perlu paksa...

but still, tetap penting.

to ameen:
ya ya yes yes. dat's true. macam tulah so far, belum jadi nama orang lagi setakat ni,(kidding)

to asyraf:
=)

Anonymous said...

Post pasal ithar, syurga, perjuangan, tp sy nk bg link pasal kematangan plak..^^ xpe kot?

http://bukutulisnaim.blogspot.com/2010/02/tanda-tanda-kematangan.html

Uqbah Azam said...

haha, memang lari habis, anyway, still thanks =)

qusyairi said...

biasa2 saja..
bila terdesak maka terpancarlah sifat sebenar..

terlondeh topeng mungkin?

*nice intro..