Sunday, January 17, 2010

my way lah kononnya:)

memandangkan final exam lagi 3minggu...

malam tadi memang aku guna betul-betul untuk renovate bilik supaya ada suasana untuk belajar sikit. laptop yang selalu ada atas katil aku letak bawah katil dah sekarang ni.

kemudian almari yang buat compartment aku macam privacy sikit, aku dah alih supaya roomie aku tak segan nak bertegur sapa dengan aku.heh, mungkin tiada kaitan dengan periksa. =)

katil aku dah alas dengan comforter siap-siap.

ya,
meja study sudah kasi bersih tanpa habuk.

dan lantai pun sudah disapu. mungkin kali kedua untuk tempoh 3bulan.

"haa...macam ni barulah selesa nak tidur"kata aku penuh sarkastik.

"have enough rest dude", albert yang dah lama tak bersuara mula bercakap-cakap.

"dengan exam mode ni, memang boleh rest in peace lah(?)", soal aku.

"why not?"

"why yes?"

-tiba tiba playlist main lagu my way by frank sinatra, memang berhantu betul-