Sunday, January 17, 2010

sentiasa

dewasa ini, kita sering melihat sesuatu dari kaca mata kita sebagai seorang manusia. bukan, mungkin sebagai anak kecil.

kita senang merasa lemah biar baru sedikit diuji. senang rebah. malah senang terus berputus asa.

kita seolah mahu menjadi Tuhan yang bisa menentukan nasib sendiri dan tidak mahu kuasa di atas sana menetapkan apa yang berlaku pada diri kita.

kita mahu apa yang kita usaha itu kita dapat hasilnya. kita mahu apa yang kita impi itu dapat buahnya untuk kita rasa untuk kita pegang.tanpa ada halangan.

kesian.

sebab kita punya konsep hidup bertuhan masih belum jelas.

kita seharusnya sedar bahawa sebagai seorang muslim, kita punya suatu benda yang harus kita yakin;
keberkatan.

kita usaha sikit dapat banyak. kita rasa kita diuji dan tidak lama selepas itu, kita peroleh suatu yang tidak disangka-sangka. hadiah Tuhan atas kesabaran kita menghadapi ujian yang pertama tadi.

sebab Dia sangat mengetahui apa yang terbaik buat kita.

Ya ALLAH, jangan biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami dalam kadar sekelip mata atau kadar yang lebih panjang atau lebih pendek dari itu. tentukanlah yang terbaik buat kami. sentiasa,selamanya... amiin.