Sunday, January 24, 2010

hidup

konsep hidup ini, bagi aku sangat mudah.

cuma praktikalnya kadang kala agak susah. terutama bila bercakap tentang pengorbanan.

dalam hidup ini, apabila kita melakukan apa yang patut; kau katakan apa sahaja, kelak kita akan dibayar. ya, dengan izin ALLAH.

namun, andai kita melakukan apa yang tidak sepatutnya; juga, katakan apa sahaja, you-name-it bahasa mudah, kelak kita perlu membayar kembali segala yang kita lakukan itu.

ia semacam ganjaran mata bonus untuk yang pertama. dan kad kredit untuk yang kedua.

contoh mudah, apabila kau belajar, dengan rajin, (oklah, aku tambah: fokus), satu hari nanti kau akan dibayar dengan kejayaan.insyaALLAH. ia semacam ganjaran. kan?

tapi bila kau banyak main,kali ni aku kasi contoh; ym, fesbuk, blog, satu hari nanti kau akan perlu membayar semula semua ini. mungkin dengan harga yang lebih mahal, seperti yang aku cakap tadi, lebih kurang macam kad kredit. kau lambat bayar yang awal awal tu, faedah makin naik.

mungkin natijah nya kau akan gagal.naudzubillah.

kemudian, kau cuba kaitkan dengan akhirat.

pasti,
kau akan rasa syukurnya, Tuhan itu Maha Pengampun... =)