Monday, December 14, 2009

risk

siang tadi,
masa matahari tegak atas kepala,
aku senang-senang duduk dalam dewan berhawa dingin.
bahasa intelek; menghadiri seminar,

---
kata encik X,
"jangan risau, kalau anda muflis, jangan rasa mahu bunuh diri.
di Malaysia saja ada 0.5juta"
kami ternganga,
"hence, i would like to say 'welcome to the club buat yang baru bankcrupt'! "

"OMG!" jerit aku.
peserta lain mula bising-bising. tidak pasti ketawa dengan lawak atau menangis disindir.
---

makanya, selepas menghadiri seminar pengurusan kewangan dan keusahawan tadi, aku dah buat keputusan untuk tidak mahu buat benda yang 'berisiko' sangat lepas belajar nanti(?). mungkin sebab tidak mahu join club.
---

-kenapa duit buat orang susah hati(?)-

Ya ALLAH, jauhkanlah diriku, keluargaku, rakan-rakanku dan seluruh umat Islam dari masalah dunia yang akan membelenggu diri...ameen