Tuesday, October 13, 2009

1

'la tahzan. innALLAHamaana'

Itu kalimat yang selalu aku dengar dari arwah papa. Masa itu umur aku 7 tahun. Masa itu aku belum kenal erti hidup. Aku selalu dengar papa dan mama marah-marah dengan Israel.

‘bangsat’

Ya. Kalimah itu yang aku selalu dengar dari mulut mereka apabila bercakap tentang israel. Dan hati aku kini sudah sebati.

‘israel bangsat!’

12 september 2021

Genap 3 tahun lepas, masa aku sedang belajar dalam darjah 1, masa miss tan sedang ajar aku bahasa Inggeris, aku terdengar orang menjerit jerit dari luar.

‘masanya dah sampai. Masanya dah sampai.’ Miss tan terduduk.

Keadaan kelam kabut. Kami semua menyorok bawah meja. Kami takut. Aku pegang tangan Rahman kuat-kuat tidak mahu lepas. Rahman menangis. Aku hentak tangan dia keras pada lantai.

‘diam-diam.’

Aku masih terlalu muda untuk menenangkan Rahman. Dan Rahman terlalu muda untuk menghadapi semua ini.

Saat itu, aku lihat ada seorang berpakaian tentera masuk ke dalam kelas kami. Orang itu tarik rambut miss Tan. Miss Tan jerit. Kami semua menangis. Suasana jadi sangat kelam. Seolah tiada lagi mentari untuk kami.

‘whosoever in this class can speak English?!’

‘mme…me…’ miss Tan menjawab.

Orang itu keluar dan berbisik kepada rakannya. Kedua-duanya bermuka putih seperti yang aku selalu lihat dalam tv. Aku lihat perlahan- lahan dari tingkap. Ada 15 orang semuanya. Semua memegang senapang.

Senapang mereka tidak sama dengan yang aku selalu main dalam conter-strike. Apapun, aku yakin bila-bila masa sahaja aku boleh terbunuh andai ditembak. Rahman yang sedari tadi melihat aku dengan pandangan yang paling sayu kini sama-sama terjongkit untuk melihat ke luar tingkap.

‘mati sakit tak, nik?’

‘kalau mati kita masuk syurga’

Dia diam. Aku kira dia sedang berkira-kira untuk mati. Dulu dia pernah cakap ibu dan bapanya mati tersenyum. Dan itu yang selalu dia beritahu pada kami.

‘tokwan cakap, kalau mati senyum masuk syurga.’ Rahman tersengih. Manis.

Aku angguk. Aku takut sangat. Pagi tadi aku gaduh dengan mama.

‘tell all your students to get into the truck now!’

Lamunan aku termati.

Miss Tan tersentak.

‘now!’ orang itu menghentak meja sampai jatuh.

Kami semua menjerit. Rahman menangis semula.

Miss Tan pergi ke arah kami dan menyuruh kami keluar dan naik trak. Aku lihat banat semuanya menggeleng.

‘dengar sini. Kita tiada jalan lain.kamu takut.cikgu pun takut. Tapi buat masa ini, just ikut apa yang mereka mahu. Fatimah, suruh kawan-kawan kamu naik trak cepat!’

Fatimah, ummi dia dulu sama sekolah dengan papa. Dia ketua kelas sebab dia garang. Rahman cakap, dia suka Fatimah tapi dia tak tahu malu nangis depan Fatimah.

Aku tersenyum.

‘nik, suruh Rahman keluar sekarang!’

‘antilah!’

‘mengarut!’

Rahman tersengih. Aku tahu dia suka dengar Fatimah marah. Katanya macam burung kakak tua.

‘cepat jangan main-main. Miss Tan mula bersuara. Keriangan tadi terhenti. Perlahan-lahan kami keluar. Aku sempat berpusing ke belakang. Aku lihat miss Tan masih duduk di situ. Di tempat dia duduk masa mengajar kami. 30 minit yang lalu. Dia teresak esak. Mukanya diletakkan di atas meja.

Aku tidak sampai hati. Aku tarik tangan miss Tan. Dia menoleh. Dia lihat mata aku dalam-dalam.

‘dengar sini. Miss nak kamu pergi dengan kawan-kawan kamu. Miss ada kerja di sini.’

Lama aku pandang dia. Aku tahu dia menipu. Matanya bergerak ke kiri tadi. Aku tahu benar.

Miss tan buat muka garang dan aku jadi takut. Aku lari keluar. Dan itu kali terakhir aku lihat miss Tan. Tiada lagi selepas itu. Dan aku dengar dia sudah terbunuh.

Maaf.nampaknya sebentar lagi masa untuk kami menjalankan kerja berat. Nanti aku sambung lagi. hari lahir arwah papa lagi 12 hari.

Nik,

12 september 2024

10 comments:

Unknown said...

pisahkan.

Unknown said...

aa.siapa papa?

Uqbah Azam said...

takde siapapun.heehee

Unknown said...

oo.reka je la ni eh?

Afifah Powzi said...

good job,
thumbs up.

Unknown said...

thumbdrive.

nik uqbah said...

to all:
terima kaseh. ape ape thumbs diterime. janji boleh jual kat pasar malam. haha.

o yaa. bujang susah, syukran atas perkongsian. moga bermanfaat...^_^

Husna AOmar said...

uish,,feeling feeling,,

mmg brbakat menulis yaa!!
tahniah..
hoho.

Uqbah Azam said...

juga berbakat dalam merapu.haha.

uish. pening pening =)

Unknown said...

merapu sikitsikit tapi manfaatnya selit banyakbanyak.keke.selamat beristiqamah.