Bismillah
Assalamu'alaikum
29 Mei 2015
Bagaimana, jika kita menjadikan esok kita, lebih baik daripada hari ini.
Bagaimana, jika kita menjadikan esok kita, lebih indah daripada hari ini.
Mengikut pengertian yang kita sendiri faham dan kita sendiri harapkan.
Apalah salahnya?
Menjadi lebih baik.
Menjadi lebih sempurna.
Menjadi lebih manusia.
Mengikut pengertian yang kita sendiri faham dan kita sendiri harapkan.
Mengikut pengertian yang kita sendiri faham dan kita sendiri harapkan, selaras dengan apa yang Tuhan perintahkan.
Apalah salahnya?
元気ですか
.
Friday, May 29, 2015
Saturday, April 11, 2015
Bismillah
Assalamu'alaikum.
Hari ini 11 April 2015.
Dalam 6 bulan ke belakang, terlalu banyak perkara yang berlaku. Ianya bagai dalam suatu panggung wayang, dan aku melihat semuanya berlaku di depan mata. Dari sekecil-kecil perkara hingga sebesar-besarnya. Dari yang dijangka hingga yang tidak dijangka. Dari yang berkaitan hal yang paling jauh dari kita hingga yang paling dekat dengan kita. Dari yang paling sedih hingga yang paling bahagia. Dari yang paling dibenci hingga yang paling kita suka. Dari yang sekejap hingga yang ke lama. Dari yang kita tidak percaya hingga yang kita percaya. Dari yang susah hingga semudahnya. Dari fantasi hingga realiti. Dari benci hingga cinta. Dari aku hingga dia.
Bukan cerita tentang cinta.
Tapi tentang kehidupan.
Ada yang diuji berat. INGIN bangun semula.
Ada yang diuji berat. MAHU jatuh lama.
Ada yang diuji ringan. TIDAK mahu bangun semula.
Ada yang diuji ringan. TERUS ingat pada Pencipta.
Cerita yang berlaku. Adalah difahami oleh kita sahaja. Tentang remuk rasa hati. Tentang galaunya perasaan. Tentang betapa kita tidak punya kuasa untuk satu saat pun kehidupan, tentang satu perkara pun kejadian, sungguh kita tidak pernah punya kuasa.
Dan yang terlemah dalam mengetahui apa yang terjadi satu saat nanti adalah kita.
Ciptaan terbaik Tuhan, tapi tidak punya kuasa yang satu ini.
Siapa sangka telah berlari boleh tersungkur.
Siapa sangka telah berdiri boleh terjatuh.
Siapa sangka sedang tidur boleh mati?
Pada umur yang ke dua puluh lima.
Aku melihat dan merasai semuanya.
Pada takat yang Tuhan tahu aku mampu sahaja. Alhamdulillah.
Kerana untuk yang lebih berat dan dahsyat lagi,
adalah luar upaya ku.
Benar janji Tuhan.
dan janji Tuhan lagi,
dalam setiap kesukaran pasti akan ada kesenangan.
dan aku yakin, akan kepastian janji Tuhan.
Selamanya berjuang.
Selamanya hamba Tuhan.
InsyaAllah. Khair semuanya. InsyaAllah.
Uqbah Azam
1432
Johor Bahru

Tuesday, July 22, 2014
Assalamu'alaikum.
24 tahun. Setiap kali masuk bulan Ramadan, ianya merupakan masa untuk aku menilai balik, suatu yang dipanggil kehidupan.
Masa berlalu begitu cepat. Dan tempat ini, adalah tempat untuk aku sedar betapa pantasnya masa berlalu. Ianya buat aku rasa sebak. Tuhan telah memberi terlalu banyak nikmat dan kesempatan. Aku sungguh bersyukur di atas segala kurniannya.
Terbaru, aku sudah memperoleh degree di dalam bidang kejuruteraan. Alhamdulillah. Namun begitu, masih belum berkahwin (hehe). Tidak mengapa, sebab bukan itupun yang utama. Ada cita-cita yang lebih besar lagi daripada itu. Semoga Ramadan yang akan datang menyaksikan fasa yang lebih besar yang dapat aku capai insyaAllah.
Semoga dengan baki-baki Ramadan yang hampir berlabuh ini, kita dapat ambil sebanyak mungkin mutiara yang terkandung di dalamnya insyaAllah.
InsyaAllah. Semoga Allah permudahkan dan beri kekuatan.
Will always work hard to achieve success, dunya wal akhirah,
Uqbah.

Wednesday, December 18, 2013
Assalamu'alaikum.
Beberapa hari sahaja lagi, akan masuk tahun 2014.
setelah sekian lama aku tidak datang ke sini, malam ini aku tiba2 tergerak untuk singgah. Betul cakap orang, pengalaman adalah hadiah paling berharga.
melalui blog ini, aku telah kenal ramai orang. ada yang hingga sekarang masih menjadi kawan, ada yang terputus hilang.
manusia semakin membesar tua, sebab peredaran waktu yang berputar tanpa henti. aku pun tidak terkecuali. ada yang matangnya menjadikan pemikirannya tua. ada yang matangnya menjadikan pemikirannya muda. ada yang matangnya menjadikan pemikirannya sama.
kita takkan pernah tahu kita berubah, atau telah berubah, jika tidak melihat kita yang lama. sebab perubahan adalah pertukaran dari yang dahulu kepada yang sekarang.
dan aku melihat, rupanya, aku telah banyak berubah. dalam dalam definisi yang aku sendiri tidak jelas, bila ditanyakan apakah perubahan yang makin baik ataupun tidak. tapi kalau ikut logiknya, haruslah semakin baik kan?
harap macam tu lah insyaAllah.
esok, hari khamis, adalah hari submission untuk final year report. tapi masih in progress. maka untuk itu, aku mohon doa dari semua. agar dipermudahkan, agar diberi ilham untuk aku siapkan. insyaAllah...
rindu sebenarnya dengan cerita zaman dulu. masa awal aku menulis.
hmm.
semoga Allah meredhai kita semua. ameen.
p/s: aku dah tahun 4 rupanya. masa berjalan laju, bila aku tidak sedar.

Saturday, July 13, 2013
Assalamu'alaikum wbt.
Ramadan datang lagi, untuk kali yang ke 23 dalam hidup aku. Alhamdulillah, aku bersyukur.
Aku sejak kebelakangan ini, seperti sudah hilang kata-kata untuk dituliskan. Entah kenapa. Aku tiba-tiba lebih suka dengan gambar. Sebab ianya membawa seribu satu cerita. Tidak terkurang.
Mungkin itu sebabnya. Sebab aku merasa bahawa kata-kata aku tak pernah mampu untuk bercerita tentang sejuta warna yang ada pada sekeping gambar. Tidak mampu menghurai kisah yang tersirat di sebalik lensa kamera.
Sememangnya realiti itu kadang-kadang sifatnya menyakitkan.
Dan untuk kawan-kawan semua, yang dari dahulu sehingga sekarang ini, selamat menunaikan ibadah puasa. Puasalah dengan sebenar-benar puasa.
Semoga Allah merahmati kita, sepanjang masa, selama-lamanya.
InsyaAllah.

Tuesday, August 7, 2012
Assalamu'alaikum.
Yes, I know. This might sound peculiar, I would say. But, for this very moment, I just want to ask all of you,
Let's be serious this time.
We have undergone all kind of hardships before, didn't we? The moment we feel like the world has turned us upside down, no one could understand us, the moment we feel like this is going to be the end of the world.
I know how it feels.
And yes, a moment ago, I just get myself ponder,
Are we such a loser?
It is such a pathetic thing, when God tested us and we don't even give ourselves the chance to think the reason behinds it. It is good for you, I admit, to get yourself out from problems that once had weaken you. I know you were strong as you already got yourself on your feet, firm and strong.
But is that how it ends?
Go strong and pretend nothing happens before?
Is that the reason why Allah selected you to endure that pain? that particular tests? Just for you to get strong?
It is always more that that.
Allah wants you to learn something. Things that will make you closer to him, in all circumstances, in any ways.
I once read a story of a man, working in construction area.
One day, this guy found a coin in his construction site and he took it. The next day, when he was walking in that site, suddenly another coin fell just infront of him and he took it once again. This happens for a quite number of times.
But few weeks later, when he just walking like he did before, suddenly a stone, just a small one, fell infront of him and almost hit his head. At that very moment he lifts his head up to see who is throwing the stone to him.
Allah, sometimes give us easiness, money and all we need but we hardly turn the thanks to Him, we hardly remember Him. But when Allah tests us with hardship, pain and all kind of problems, that will be the moment we 'look' at Him, return to Him, like all people do.
And this kind of thing is repeatedly done.
Please tell me,
Are we really didn't learn anything?
I am afraid that our heart will say yes, the moment our mouth is saying differently.
Salam Ramadan.
P/s: I would like to have this chance to remind you that Ramadan is going to end soon. Allah has truly stated in the Quran, in suratul Baqarah, where things regarding on the month of Ramadan is capsulated there, He said, Ramadan is a precious day, Ayyamam ma'dudaat. Precious days that are going to end soon, and it hards for us to appreciate it, until we lose it, or when we are not here anymore.

Wednesday, June 13, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)