tidak banyak perkara dalam hidup ini yang merupakan sebetul betul ancaman buat kau. katakanlah, kau rasa sedih bila tidak punya kereta besar, rumah mewah, keluarga ramai dan apa apalah yang buat kau rasa inferior semacam bila berhadapan dengan kawan kawan, yang secara tidak langsung kau jadi seperti tidak tentu arah.
jika kau tidak mahu mengaku punya perasaan murahan begini, cuba lihat sebab apa kau terdiam bila kawan kawan buka cerita tentang benda benda dunia, yang sebegini rupa.
nanti baru kau sedar, kau sebenarnya masih tidak cukup kuat untuk hidup di dunia yang sebentar ini, mahu ambil kisah atas semua manusia punya tanggapan terhadap diri kau, sampai kiamat pun tidak akan habis.
bila kau sudah ada kereta, kau sudah rasa happy, orang sudah senyap kata belakang belakang tentang kau. kemudian bising balik bila mereka tahu rumah kau hanya setinggan tepi jalan, lalu kau beli rumah mewah, pakai duit pinjaman pula. lalu mereka senyap dan kau happy. padahal kebahagiaan yang sebenarnya kau tidak kecapi pun, bila rumah jadi neraka dan kereta tiba tiba jadi pembunuh rasa bahagia.
lalu rasa hidup ini tidak adil. mahu salahkan Tuhan atas apa yang berlaku. letak kepala kau ke sejadah, dan sujud lama2.
yang salah sebenarnya engkau. bukan Tuhan.
yang sebenarnya, kadang2, kawan2 yang kau rasa pandang sinis terhadap kekurangan kau, sebenarnya punya kekurangan sendiri yang kau tidak tahu pun.
dan mereka takut kau tahu.
maka senyap senyaplah. keh keh. rasa kelakar dengan diri sendiri?
aku baru 20 jadi ni entri untuk aku kenang masa depan kalau masih hidup. sebab sekarang aku sangat tak suka dengan public punya impressi terhadap aku. atau, aku terlalu ambil kisah. dua dua lah. chill.
No comments:
Post a Comment