Monday, May 17, 2010

selamat hari guru

hari itu sambil memerhati keadaan sekeliling, aku cuba menulis satu puisi.

mula-mula tentang makcik konduktor bas yang dah tua, urat tangannya dah terkeluar, kelihatan dia sangat penat.

dalam bas yang bergerak. berjalan seharian untuk menjual tiket.

aku bayangkan dia ibu aku. dan aku bayangkan dia ada anak. tapi waktu dia bekerja anak-anak dia semuanya sedang berbaring-baring di rumah sambil menonton tivi. oh ya, atau pun bermain facebook macam sampah.

kemudian aku tidak jadi menulis puisi. ini cerita sedih yang aku tak mahu kenang.

---
selamat hari guru buat mak aku.untuk semua dalam hidup ini.

untuk makcik itu juga,
selamat hari buruh haritu.
selamat hari guru untuk pelajaran haritu.

selamat hari guru untuk semua.
---

kata orang semua manusia adalah guru kepada dirinya sendiri. maka, berikan aku hadiah orang muda!