tak susah untuk bayangkan semuanya boleh berlaku sekelip mata.
tapi setiap kali bayangkan,
selalu je hati menidakkan.
cis. aku selalu je rasa macam tu.
takkan selamanya, sampai mati?
---
"Maka Demi Allah yang tiada Tuhan selain Dia, sesungguhnya seseorang yang beramal dengan amalan ahli syurga sehingga jaraknya ke syurga hanya tinggal sehasta, tetapi suratan takdirnya menetapkan dia menjadi ahli neraka, lalu dia beramal (pada usia umurnya) dengan amalan ahli neraka, maka dia akan masuk neraka.
Sebaliknya seseorang yang beramal dengan amalan ahli neraka sehingga jaraknya ke neraka hanya tinggal sehasta, tetapi suratan takdirnya telah ditulis menjadi ahli syurga, lalu (pada sisa umurnya) dia beramal dengan amalan ahli syurga, maka dia akan masuk syurga.”(Riwayat Muslim: Hadith no. 2272)
jadi nasihat kepada mereka yang rasa diri mereka telah kuat beribadah supaya tidak relax complex (yakni over confident akan masuk Syurga), boleh jadi dia akan beramal dengan amalan ahli neraka pada akhir hayatnya dan pengajaran kepada pelaku dosa maksiat pula ialah mereka tidak boleh putus asa dengan rahmat Allah, kerana tidak mustahil mereka akan beramal dengan amalan ahli Syurga pada akhir hayatnya.
---
nasihat buat aku sebenarnya.
No comments:
Post a Comment