Wednesday, January 6, 2010

kita

kadang-kadang kita berasa lemah apabila ujian datang menyinggah. dan seolah merasa bahawa kita lah yang paling berat ujiannya. kemudian apabila melihat ada orang yang lebih berat dugaan yang diterima kita merasa kita masih bernasib baik.

kemudian hati menjadi tenang.

kemudian kita diuji lagi. dan kita tercari-cari sebab kita diuji. tidak lama, kita sedar sendiri ada orang yang lebih tidak beruntung daripada kita. dan kita merasa senang kembali.

maka, apa yang kita dapat daripada segala ujian yang diterima, hanyalah mainan perasaan susah hati-tenang-gundah-gembira yang sampai bila tidak akan berhenti selagi masih hidup.

tanpa bermuhasabah sebab kita diuji, dan hikmah disebalik setiap ujian yang diterima.sesungguhnya ini adalah suatu kerugian yang nyata kerana pastinya Tuhan tidak akan mencipta setiap suatu dengan sia-sia.

aqulu qauli haza...salam:)

1 comment:

+akufobia+ said...

ujian yang buat kita semakin kuat,tak lupa DIA.wawee.here we come,UJIAN.